Thursday, December 9, 2010

rupa jawapan...



Don't really know how to be specific with what I think. In me it is all specific. But when comes to expression things seem to be blur. I don't really give a face to the answers of my questions. Does it has a face? Yes indeed it has. What about sharing it? I don't know whether I am ready for it. Haha.

Wednesday, December 8, 2010

diselubungi zat masa...

Dari lensa kamera saya

Diri dan masa, sangat peribadi sifatnya. Setiap apa yang terjadi, didahului dengan rasa dalam masa. Masa membuat saya berterbangan menjangkau masa lepas dan yang baru berlalu. Sebenarnya zat fizikal akan ditenggelami oleh zat masa yang lebih memberi ingatan dan kenangan. Zat masa tidak memiliki perasaan marah dan benci. Ia hanya berterbangan dan menimbulkan nostalgia yang dihiasi dengan seribu warna yang akan mengindahkan lagi kehidupan. Dengan diselubungi zat masa, saya kembali ke Medina, Mekah, Masjidil Haram, Kaaba, Arafah, Muzadalifah, Mina, Jamarat, dan peristiwa peristiwa yang mencuit hati dan perasaan. Hanya kenangan dan ingatan. Dan hanya kepada Allah saya memohon keampunan. Allahuakbar.

Monday, December 6, 2010

It has been a while..


I have left home for Mecca o the 16 October 2010. And on the 1st December I am back. I am back physically but not in total piece physically and mentally. It was not that long, right? But `the sleeper effect' is beginning to take effect on almost everything. In terms of health, I am still not that well. In terms of mind and memory, I have yet to catch up on almost everything. My username, my password, my astro and the channels that I used to tune to, my newspaper and the news, my locker and the keys, my `warong' and the `teh tarik', all seem to be not in place in my mind. It seems I have to start all over again. I have to recreate my daily routine in order to be what I was before. But performing Haji has taught me a lot of things. It strikes at the core of my consciousness. The `haram' are in so many things in Malaysia. Given some time, would the `haram' would once again change to `halal'? Hanya kepada Allah saya memohon perlindungan.

Sunday, December 5, 2010

Saturday, December 4, 2010

kenangan ukuf di arafah...







saat saat pulang ke Malaysia




Maka dengan penuh rasa kesyukuran, pada 1 Desember 2010 jam 8.55 pagi, pesawat Saudi Arabia mendarat di lapangan terbang KLIA Malaysia membawa jemaah haji seramai 399 orang dan ini termasuklah saya dan isteri. Inilah saat yang paling dinanti nanti setelah selesai mengerjakan haji dan berada di bumi Saudi Arabia sejak 17 October 2010 lagi.










































































Saturday, November 13, 2010

Besok ke Arafah...




Hanya tinggal hari ini sahaja lagi untuk ke Arafah. Rukun Haji yang pertama adalah niat haji. Kedua adalah ukuf di arafah. Di Bukit Arafah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula selepas 40 tahun berpisah. Jemaah Haji akan berpeluang berazikir dan memohon keampunan dari Allah Subhanawataalla. Peluang ini terbuka luas di padang Arafah ini.


Dan esok pada hari Ahad 9 Zulhijah. jemaah Malaysia dan ada seawal 9 pagi lagi akan menaikki bas ke Arafah bagi menyempurnakan rukun haji yang kedua ini.

Persiapan saya dan isteri untuk ke sana telah berjalan dengan lancar dan memohon kepada Allah Yang Maha Besar akan kesihatan yang baik bagi melakukan perkara yang rukun dan wajib Haji 1431 ini.

Thursday, November 11, 2010

Wednesday, November 10, 2010

In front of your eyes...

In front of my eyes and are revealing. One, an individual is about to influence and he knows it. Two, talk about previous encounters despite the reflection on the present encounters. Disgusting? Three, health factors which can easily said then proven. And fourth, displaying the character of a man who seem to deviate from the true principle of comradeship. Who is he? It can be anybody at any one time.

Monday, November 8, 2010

Fall back..

Fall back and the stories unfold. This morning my little seeking mind has revealed life can be a closed book and can be an open book. An open book can be the premise of a closed book. His death has been a closed book. But the closing, is it timely? Allah the creator of everything. Allah gives and Allah takes. But for what reason? Everybody gives their reasons. But Allah the Powerful, Knows All.

Friday, November 5, 2010

Bila berlaku kematian di Mekah







Sembahyang jenazah boleh dikatakan dilakukan setiap waktu sembahyang di Masjidil Haram. Pengkebumian dijalankan begitu lancar sekali. Selepas disembahyangkan di Masjidil Haram terus di bawa ke tempat pengkebumian sementara yang hanya 3 km dari masjidil Haram.Tempat tersebut dipanggil Ma'la. Selepas enam bulan tulang tulang dikutip dan ditanam di tempat lain. Mana mana mayat yang tak reput akan terus kekal di tempat pengkebumian tersebut.

Thursday, November 4, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Mekah dituruni hujan


Hujan turun berserta kilat sabung menyabung dengan dentuman guruh membuat jemaah merasakan mereka berada di Malaysia. Mengikut orang Arab di sini, sejak satu tahun yang lalu, Mekah tidak pernah dituruni hujan. Mereka sangat gembira menerima kedatangan hujan yang agak lebat buat beberapa jam. Bagi jemaah yang tidak sempat ke Masjidil Haram untuk solat Magrib, kami bersama bersama bersembahyang berjumaah di lobi hotel dan di imamkan oleh Dato Ngah Daud, pengurus besar andalusia travel n tours. Kami menganggap ini satu rahmat dari Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui.

Tuesday, November 2, 2010

Bicara Mekah 1











Musim haji merupakan masa dalam setahun di mana lebih kurang 4 juta umat Islam dari seluruh ceruk dunia datang berkumpul di kota Mekah Mukaramah bagi menunaikan rukun Islam yang Kelima.

Pada 1/11/2010 saya dan isteri telah memilih tingkat paling atas yang tidak berbumbung untuk menunaikan solat magrib di mana masuknya adalah jam 5.44petang. Tempat nya aman dan nyaman sekali walaupun kedapatan jemaah dari berbagai negara. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami ke Safwa towers di mana kedapatan makanan orang Melayu yang diusahakan oleh FELDA D SAJI.

Selepas itu kami bergegas ke Tingkat Pertama untuk menunaikan solat isya masuknya jam 7.14 petang. Walaupun didapati tingkat itu telah dipenuhi, dapat juga saya dan isteri mencelah dan bersukur kerana dapat menunaikan solat tepat pad waktunya.

Dalam jam 7.45 kami tiba di Abeer Garden Hotel setelah dgn jaya berjalan dalam kesesakan ribuan manusia. Sekali lagi kami bersyukur kerana dapat meredah dgn jayanya dan menepati waktu untuk makan malam yang disediakan oleh pihak penggendali haji kami.

di sana-sini tapi di perantauan