Showing posts with label Politic.. Show all posts
Showing posts with label Politic.. Show all posts

Friday, October 10, 2008

Sumbangan Besar Abdullah Badawi





Sumbangan besar Tunku Abdul Rahman (1957-1970) ialah melawan komunis dan kemerdekaan. Tun Razak (1970-1976) pula ialah memperkenalkan FELDA, MARA, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Luar Negara yang dinamik. Tun Hussein Onn (1976-1981)pula memperbaiki asas kerajaan dan politik supaya tidak tergelincir dari matlamat asal. Tun Mahathir (1981-2003) adalah merupakan bapa kepada ekonomi moden yang memberi asas kepada Malaysia untuk bersaing dalam negeri dan antarabangsa dalam sektor perdagangan dan perindustrian.

Apa pula sumbangan besar Abdullah Badawi (2003-sekarang) Perdana menteri Malaysia yang ke-5? Beliau telah membina asas pengdemokrasian yang selama ini sangat ditakuti ia itu memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia tak kira siapa dan kumpulan mana, NGO dan politik, menyuarakan pandangan dan pendapat dengan sekatan yang sangat minima.

Bayangkan, secara bertubi-tubi, beliau telah dikutuk dari segala penjuru termasuk bloggers, malah dari wakil rakyat, ADUN dan parlimen UMNO dan BN sendiri.

Saya merasakan Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi ruang dan peluang sehingga Anwar bangun pulih sepenuhnya kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadapnya. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz, Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi, malah Dr Mahathir sendiri, walaupun Abdullah Badawi dikritik dengan hebatnya, dengan prinsip yang dipegang, sekali gus Abdullah Badawi telah mengembalikan semangat dan roh kehidupan yang bebas kepada setiap rakyat yang mendiami bumi Malaysia. Tidak ada siapa yang terkecuali. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Selamat bersara!

Thursday, October 9, 2008

Selepas Abdullah Badawi..siapa dan mengapa..


Lumrah kehidupan..ada yang pergi, dan ada yang mengganti. Begitulah keadaannya dengan parti UMNO yang sekarang sedang dilanda perebutan dan peralihan kuasa baik di peringkat bahagian dan juga pusat.
Dan sudah pasti dalam proses peralihan ini, ada yang berdukacita dan ada yang akan ketwa besar. Siapa dan mengapa, ada yang sudah terjawab, dan ada yang cuba mempertahankan kedudukan dengan seribu alasan. Semalam kedudukan bakal Presiden UMNO telah diperjelaskan oleh Abdullah Badawi yang telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan presiden UMNO, dan Najib akan mengambil tempat tersebut. Itu senario yang nampak dan sepintas lalu. Persoalan sekarang, adakah Najib akan ditentang oleh ahli UMNO yang merasakan dirinya lebih hebat?
Kehidupan di dunia ini tidak mudah dirancang arah dan hala tujunya. Kata orang putih, `in life anything can happen not the way we want or wish it to happen.' Faktor Muhyiddin Yasin sebagai timbalan presiden masih lagi dalam keadaan berteka teki. Apa sudah pastikah kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Najib mengambil alih kuasa dari Abdullah Badawi?
Format hieraki kepemimpinan UMNO dan pemerintahan sebelum pilihanraya yang ke-12 sememangnya menyebelahi orang orang UMNO. Presiden parti akan menjadi perdana menteri dan Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tidak semua pemimipin memiliki `six-sense' dalam meramalkan apa yang akan berlaku kepada parti dan dirinya. Keputusan pilihanraya ke-12 menyaksikan pemimpin UMNO dan BN rupa rupanya tidaklah sepandai mana dalam membuat analisis terhadap kedudukan mereka dan parti. Saya merasakan BN dan UMNO tidak pandai memanfaatkan pakar dalam membuat analisis keputusan?
Keindahan sungai kerana tebing, pokok, dan pengaliran airnya. Keindahan laut kerana gelora dan potensi kekuatan yang terpendam di dasarnya. Keindahan kehidupan pula kerana jalan menuju kejayaaan adalah berliku-liku dan kepada yang tidak berilmu dan cepat putus asa akan tersadai dan terkulai layu di tengah tengah perjalanan tersebut.
Mari kita bermula dengan perbincangan perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan membuat sedikit ramalan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut.
Kalau ditanya empunya badan yang menawarkan diri, tidak ada siapa yang mengatakan mereka tidak ada berpeluang. Khairy Jamaluddin sudah tentu menyangka dia hebat. Hebatkah dia? Khairy merupakan orang yang memiliki personaliti yang agak keras. Malangnya, aura ucapannya tidak menampakkan dia orang luar biasa. Di segi kelulusan dan menantu kepada Pak Lah mungkin itu luar biasa. Tetapi dalam konteks budaya orang Melayu, pendekatannya perlu dirombak semula. Justeru, diakah orangnya yang bakal menggoncangkan PWTC dan seterusnya Malaysia?
Apa kurangnya dengan Mukhriz ? Mukhriz pula nampaknya terlalu yakin dengan dirinya. Mungkin disebabkan faktor latarbelakangnya sebagai anak Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal erti susah. Dan adakah dia memikirkan bahawa dia sepatutnya mewarisi kerusi tersebut dan seterusnya kepada jawatan Perdana Menteri?
Khir Toyo pula tentu menyangkakan nasibnya kali ini akan menyebelahinya. Dia anak orang susah. Kepadanya perjuangan kalau tidak mengenal erti susah maka sesorang itu tidak akan menjadi pemimpin yang berkesan. He is a man who sees himself as success from rags to riches. Tetapi dia telah diberi peluang sebagai Menteri Besar Selangor negeri yang terkaya di Malaysia. Does he makes good his opportunity? Will he be given a second chance? Dari apa yang dia telah lakukan, saya merasakan masa tidak menyebelahi beliau. Mungkin pada masa yang lebih sesuai. He has to do a little bit of waiting.
Antara mereka bertiga, bolehkah diramalkah siapa yang akan menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Based from my broad understanding of politics but an accurate sense of perceiving things, saya meramalkan Mukhriz akan memenangi jawatan tersebut. An unseen strong and big influence on the delegates to choose Mukhirz adalah Dr Mahathir, his father. Dr Mahathir has been right all along dalam pandangannya terhadap kedudukan Abdullah Badawi and Najib. Budaya UMNO masih lagi menghormati orang tua.
Dalam percaturan timbalan presiden pula, Najib adalah merupakan manusia yang sangat halus tindak tanduknya. Dia adalah pemimpin yang `cool' dan tidak mudah gelabah dan dia pula tidak suka membuat orang lain gelabah. Jadi kalau begitulah perwatakan Najib, maka kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden akan mendapat restunya. Tentu Najib akan mengenang jasa Muhyiddin yang sangat berperanan dalam mempercepatkan proses persaraan Abdullah Badawi. Berilah Muhyiddin merasa jawatan yang sangat diidamkan oleh semua orang. Mungkin buat seketika, selepas itu tak tahulah.
Saya tidak hendak membuat analisis perebutan jawatan Naib Presiden kerana sejarah telah mendapati kedudukan Naib Presiden tidak akan memberi petunjuk yang tepat kepada kedudukan pemimpin di peringkat tertinggi selepas naib presiden. Jawatan ini merupakan jawatan yang senang datang dan senang pergi. Sebab itu saya merasakan kedudukan Muhyiddin, penyandang naib presiden sekarang, tidak mudah diramal.
Muhyiddin kena ingat, jawatan Timbalan Perdana menteri pula adalah isu yang berbeza dan tidak mudah diselesaikan mengikut format sebelum pilihanraya yang ke-12. Memandangkan pergolakan negara yang terdiri dari berbagai kaum dengan isu ini dan itu, maka di sinilah saya merasakan akan berlaku perubahan yang akan membezakan Datuk Seri Najib dengan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Apakah perubahan itu? Saya pun tidak berani meramalkannya, sama samalah kita tunggu dan berdoa semoga Malaysia akan terus aman dan berkembang maju hingga ke peringkat global. InsyaAllah.

Monday, October 6, 2008

Pertimbangan berasaskan UMNO atau BN..atau rakyat..?







Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pengumuman menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden UMNO. Begitu juga dengan Ali Rustam telah menawarkan diri untuk jawatan yang sama. Dan semalam, Nur Jazlan Mohamed pula telah menwarakan diri, juga sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dalam pada itu kedengaran pula Sahidan Kassim, telah menawarkan diri bertanding Naib Presiden, sebagai strategi agaknya, telah menyuarakan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi. Ada yang telah menimbulkan soal keserasian Najib dengan bakal Timbalannya nanti. Atas asas masalah apa perlunya keserasian? Bukankah mandat ditentukan oleh ahli parti? Dan di peringkat kerajaan pula, Perdana Menteri berkuasa penuh untuk melantik siapa timbalannya.
Kesemua mereka ini, belum apa apa lagi telah membayangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akan disandang jika terpilih sebagai Timbalan Presiden. Maknanya asas pertimbangan mereka ialah jawatan dalam kerajaan yang mana mereka telah membayangkan peringkat kepepimpinan di peringkat kerajaan.

Mengapa tidak keputusan untuk bertanding diasaskan kepada keperluan pemimpin di peringkat parti UMNO di setiap peringkat sahaja? Track rekod dan keberkesanan kepemimpinan mereka di bahagian hendaklah diambil kira juga. Lumrahnya pemilihan pemimpin UMNO tidak begitu. Gambaran yang lebih terperinci bagi pemimpin tersebut tidak dilakukan. Maka jelas ini perlu perubahan.

UMNO perlulah bersikap bijak dalam soal ini. Agenda UMNO sekarang adalah pengukuhan UMNO di setiap peringkat cawangan hingga ke bahagian dalam konteks perkembangan semasa. Maka apabila itu berlaku maka dengan sendirinya UMNO itu kuat. Tidak kiralah yang memegang jawatan itu tua atau muda, tetapi yang pentingnya pengukuhan parti berlaku dalam konteks memahami perubahan yang sedang berlaku sekarang. Diharapkan, dalam proses pengukuhan itu maka terjumpalah kita dengan pemimpin yang ada ketokohan negarawan yang tulen dalam wadah UMNO, BN, kerajaan, dan negara yang terdiri dari berbagai kaum dan suku kaum yang kini sangat lantang bersuara.

Persoalan bagi UMNO sekarang, perlukah kepada anjakan cara dan amalan kepada pemilihan pemimpin bagi menjamin ketepatan tokoh yang akan dibawa keperingkat negara?