
Mereka masih lagi berkhayal, mereka masih lagi berpura-pura, mereka masih lagi berprotokol, hanya mereka di muka depan di akhbar nasional, merekalah yang dekat dengan kaca dan kamera TV tapi masih jauh dengan masalah rakyat yang sebenarnya. Sebelum dan selepas mereka masih lagi beretorika dan menyanyikan lagu patriotik yang sudah ketinggalan zaman. Justeru mereka bertanya di mana silapnya mereka? Silapnya mereka adalah tidak mengenal jalan yang lurus yang hendak dituju tetapi hanya memahami jenis kereta yang mereka pandu.