RAINDROPS
Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, June 3, 2012
Terus meredah, terus mencari...
Manusia dari berbagai sudut - mental dan fizikal, sosial dan culture, bukit dan gunung, bumi dan langit, hidup dan mati, sakit dan sihat, Pencipta dan Dicipta, berpengetahuan dan tidak - senarai yang tidak ada kesudahan. Allah Yang Maha Besar. Allah Yang Maha Berkuasa. Allah Yang Mencipta. Tercipta untuk apa? Allahuakbar. Terus meredah. Terus mencari. Memohon Perlindungan. Memohon Petunjuk dan Hidayah. Allahuakbar.
Saturday, June 2, 2012
Should be all about love...
Love to oneself or to others? Should be both. History has shown sacrifices of all sorts prove that light is life. Light is positive. It shows the way to an open heart and an open mind. It makes the world get closer. Don't know whether my writing does just that. Not that many knows about my existence. But Allah is Great. Creates All, Understand All. Allahuakbar.
Friday, June 1, 2012
Side by side...
When anything is being placed side by side, something can be revealing. Either A is much better than B or B is much better than A. Worldly, A is always better than B. Anything can be presented, but when it has become very much part of cultural thoughts, we tend to lose sight of what is right and what is wrong. Dalam usaha mencari kebenaran, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan dan perlindungan. Allahuakbar.
Thursday, May 31, 2012
A woman....
Allah telah menjadikan kaum hawa dan kaum adam turun ke bumi untuk melengkapkan satu dengan yang lain. Tidak salah kalau saya katakan there is always a woman in a man's body and a man in a woman's body. Haha...what a topic! But psychologically man can utter a different answer when question of woman pops up. And so is a woman. Too many unnecesary philosophies going round! Lantas dan secara jujur kelemahan lelaki adalah wanita atau ianya satu kekuatan? Walaupun disegi fizikal dan batin seorang perempuan diperlukan, Pelengkap yang Maha Agong Dengan Penuh Keserasian adalah Allah Subhanawataala. Allahuakbar.
Wednesday, May 30, 2012
It won't last...
It won't last..
Would be over and finished just before you can see tomorrow. Some just for seconds. Dissipated and evaporated. The problem is in the linkages. A small boy and the small girl, they are well linked to the mother and the father. So closed.That is why they cried so easily. What about adults? It all depends on the consciousness and the development in the linkages. Is it linked to a day or days? Is it well connected with the world hereafter So wonder what all those individuals link to when they give an opinion? Allahuakbar.
Would be over and finished just before you can see tomorrow. Some just for seconds. Dissipated and evaporated. The problem is in the linkages. A small boy and the small girl, they are well linked to the mother and the father. So closed.That is why they cried so easily. What about adults? It all depends on the consciousness and the development in the linkages. Is it linked to a day or days? Is it well connected with the world hereafter So wonder what all those individuals link to when they give an opinion? Allahuakbar.
Tuesday, May 29, 2012
bersyukur..
Till now little do I know about myself compared to others. I am a person who is not easily broken with events that can decompose another person. Just look around, everybody has his or her breaking point. Even the manner another person shakes hand with you indicate his or her fragile on or towards something. They do not easily dismiss things, something or somebody. Despite the figures in RM I have to part with, I found myself still a person well composed from head to toe. I can still do things as how I have done it before. Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Menguasai Segala-GalaNya. Kepada Allah saya bersyukur. Kepada Allah saya memohon Perlindungan dan Pertolonmgan. Allahuakbar.
Monday, May 28, 2012
yang tidak terdaya...
Hanya berdoa kepada Allah semoga akhirnya adalah kebaikan. Allah Yang Berkuasa lagi Menguasai Segala-Galanya. Tidak ada yang `terlepas pandang'. Bayangkan, jika kita hidup bersungai kita tidak dapat lari dari perkara perkara yang ada kaitan dengan sungai. Ini termasuk perkara yang baik dan ujian ujian. Kesemuanya adalah ketentuan yang hakiki yang mana rahsia tidak semudah itu di fahami. Manusia dan zuriatnya. Ayah dan anak anak. Suami dan isteri. Kesemuanya menggambarkan seperti `kalau takut bermain dengan ombak jangan berumah di tepi pantai.' Allah Yang Maha Besar. Allah Yang Maha Pengasih. Allah Yang Maha Penyayang. Ada hikmah disebalik satu kejadian dan peristiwa. Allahuakbar.
Sunday, May 27, 2012
trapped mentally....
terperangkap mentally..kita sendiri memasang perangkap untuk diri kita sendiri. Bergantung kepada permulaan fikir dan persepsi. Kalau fikir dibina dari fikir kotor maka dengan sendirinya kita tidak senang diperkotorkan. Kalau dibina dengan kebaikan hati dan perasaan yang positif, kita akan mudah menerima kata dan cerita yang selagu dengan nya. Sebab itu kita mudah terperangkap dengan orang yang terdekat atau terperangkap dengan orang yang membuat kita merasa dekat, mentally dan emotionally. Jadi jaga diri dan sedarlah. Dalam jaga diri dan menganggap kita sedar, kita mungkin akan diperangkap juga. Kerana apa? kerana perangkap itu kita yang membuat dan terpasang untuk menjerat kita sendiri. Hanya kepada Allah kita memohon perlidungan dan pertolongan. Allah Yang Maha Perkasa terhadap Segala-galanya. Allahuakbar.
Saturday, May 26, 2012
How come..?
How come in anything we don't see everything? Worse still we fail to see the goodness in that something or somebody. In words and thoughts for now I found the serenity of the moment. Allahuakabr.
Friday, May 25, 2012
meresap masuk ke alam lampau...
Tidak ada apa sangat difikirkan pada ketika dan masa itu. Di pagi hari hanya memikirkan minuman teh susu yang dihidangkan oleh emak di dapur. Selepas itu memikirkan hendak ke bandar menolong abah berniaga di kedai Hassan Omar. Tidak sangat memikirkan pasal adik beradik. Hanya terbayang kepada wajah wajah mereka dan tidak memberi apa apa gempar pun di hati. Apa mereka juga memiliki matlamat dan serius terhadap hidup dan kejayaan? Tidak ingat dan tidak terdengar expresi yang sedemkian dari mereka. Biasa biasa sahaja. Tercuit juga pemikiran apabila berita suratkhabar dibaca. Isu komunis dan pengisian kemerdekaan menjadi topik hangat.Tetapi yang sangat tercuit apabila membuat round menghantar suratkhabar ke seluruh bandar Temerloh dan rumah rumah disekitar. Saya sangat berdisiplin.Terasa teruja dan seronok. Hanya syok sendiri agaknya. Tidak terdengar kata kata pujian. Hanya sekadar ingatan tetapi tidak sangat tercuit akan laporan perjuangan individu individu yang sekarang dilipatan sejarah. Ternampak Pak Sako sedang menuju ke kedai abah dan nampak gah dengan kamera yang digantung dilehernya. Ternampak Tun Razak menunggu abah kerana hendak membuang undi di kampong Buntut Pulau Temerloh. Ternampak Tunku Abdul Rahman sedang berkempen dengan gaya dan loghat Kedahnya. Ternampak Ghazali Shafie, ternampak juga Ghafar Baba yang sedang memberi ucapan di rapat umum raksaksa di padang Temerloh yang juga disertai oleh singa Malaya Syed Jafar Albar.Ternampak Sudirman yang sedang mencari komik Dandy dan Beano di kedai abah yang terletak di 57 Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Ternampak pelakon Malek Selamat, pelakon S. Roomainoor, Abdullah Chik, Rosyatimah, Mahmud June yang sedang membuat penggambaran Tunang Pak Dukun dan menggunakan lokasi Sungai Pahang. Lain dengan P.Ramle dan Saloma. Ternampak juga mereka dengan aura yang tersendiri sedang berjalan menuju kepanggung Semantan untuk membuat persembahan. Lemparan senyuman P. Ramlee sangat terpahat diingatan. Tak hairan lah title legenda yang diberikan kepada P.Ramlee. Sangat hampir dengan mereka tetapi tidak ada apa yang hendak diingatkan dan yang hendak dibanggakan. Biasa biasa sahaja.Syukur kerana tidak menyimpan perasaan dendam, dengki dan iri hati. Hanya mengikut kata dan apa jua arus yang sedang berlalu pada ketika itu. Allahuakbar.
Thursday, May 24, 2012
separate ways...
That is what life is all about. When the time comes I have to go on my own separate way. No more UiTM and no more following the path it has taken. I have to take on a new path. I have to take on the world and an uncharted new direction, a new physical and mental territory so to speak. At least for now. Memohon Pertolongan dan Perlindungan dan diberi Taufik dan Hidayat. Allahuakbar.
Wednesday, May 23, 2012
In the beginning have nothing to say...
Pertarungan bermula merongkai rahsia alam kehidupan siang menuju malam. Ianya perlu diredah. Ringan dan cepat jika kesedaran kepada Allah meresap ke seluruh tubuh. Berat dan lambat jika kesedaran hanya kepada fizikal dan sedikit kepada keupayaan mental. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.
Tuesday, May 22, 2012
A small world...
It is not a question of where but it is a question of when. Such a small world and a small time and a small people and a small individual. At first it appears to be by itself, himself, and herself. Does not matter dead or alive. Then it appears to be relative. Finally it becomes an absolute knowledge of something that appears off the hook but is not. So close yet so far. But soon you shall be touched again. When it is going to be away? Allah Yang Maha Berkuasa. Allahuakbar.
Monday, May 21, 2012
Allah Yang Maha Berkuasa..
Tatkala terasa serba tidak kena, hanya kepada Mu hamba bermohon kekuatan dan perlindungan Ya Allah. Allahuakbar.
Sunday, May 20, 2012
membuat orang duka..
Orang di dunia ini suka membuat orang lain duka. Apakah saya juga begitu? Dalam banyak keadaan saya suka membuat orang lain suka. Tetapi semalam terang terang saya telah membuat orang lain duka. Terasa sangat mereka ini insan yang dilahirkan lemah kerana penuh duka dari suka. Apa tidaknya! Keceriaan mereka hilang `instant' apabila terserempak dengan saya dan saya dengan sengaja memberi tahu bahawa saya hendak duit saya balik. Dirasakan yang memberi lebih baik dan lebih kuat dari yang menerima. Saya merasakan betapa `in control' nya saya apabila hutang dipinta. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemberi Maha Penyayang. Lantas, tidakkah Allah Lebih Berkuasa dari Segala-Galanya? Apa jua yang berlaku membawa kepada Kekuasaan Allah Yang Mutlak. Hanya Allah Yang Kekal. Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
