Tuesday, February 3, 2009

Berpijak di bumi nyata..

Pengertian yang berbeza bagi setiap insan yang mendiami muka bumi ini. Nyata atau tidak, kesemua mereka berpijak di bumi nyata. Tetapi yang amat di marahi adalah bumi yang jelas nyata banyak kala tidak ternampak terkenyataannya itu. Yang baik tak nampak baiknya. Yang jahat tak nampak kejahatannya. Memberi pengertian seolah olah segala galanya adalah terselindung dan tersembunyi. Adakah itu sebenarnya yang dimaksudkan `berpijak di bumi nyata'? Agaknya begitulah. Senang dipandang sukar dibaca. Sukar dipandang senang dibaca. Senang dibaca tapi tak faham hala tuju maksud bacaan tersebut. Hanya mereka yang berpengetahuan sahaja yang faham akan maksud isi hati manusia dan isi hati sekitaran dan isi perut bumi. Itulah sebenarnya pengertian ungkapan kata `berpijak di bumi nyata' yang mana kesemua kita sedang `berpijak di bumi yang tidak nyata' melainkan dengan berilmu.

No comments: