Sumbangan besar Tunku Abdul Rahman (1957-1970) ialah melawan komunis dan kemerdekaan. Tun Razak (1970-1976) pula ialah memperkenalkan FELDA, MARA, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Luar Negara yang dinamik. Tun Hussein Onn (1976-1981)pula memperbaiki asas kerajaan dan politik supaya tidak tergelincir dari matlamat asal. Tun Mahathir (1981-2003) adalah merupakan bapa kepada ekonomi moden yang memberi asas kepada Malaysia untuk bersaing dalam negeri dan antarabangsa dalam sektor perdagangan dan perindustrian.
Apa pula sumbangan besar Abdullah Badawi (2003-sekarang) Perdana menteri Malaysia yang ke-5? Beliau telah membina asas pengdemokrasian yang selama ini sangat ditakuti ia itu memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia tak kira siapa dan kumpulan mana, NGO dan politik, menyuarakan pandangan dan pendapat dengan sekatan yang sangat minima.
Bayangkan, secara bertubi-tubi, beliau telah dikutuk dari segala penjuru termasuk bloggers, malah dari wakil rakyat, ADUN dan parlimen UMNO dan BN sendiri.
Saya merasakan Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi ruang dan peluang sehingga Anwar bangun pulih sepenuhnya kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadapnya. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz, Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi, malah Dr Mahathir sendiri, walaupun Abdullah Badawi dikritik dengan hebatnya, dengan prinsip yang dipegang, sekali gus Abdullah Badawi telah mengembalikan semangat dan roh kehidupan yang bebas kepada setiap rakyat yang mendiami bumi Malaysia. Tidak ada siapa yang terkecuali. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.
Selamat bersara!
No comments:
Post a Comment