Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, October 3, 2010
Kata-kata suci...
Kategori kata ada suci dan ada yang tidak. Perbuatan begitu juga. Ada yang bergelomang dengan entah apa-apa. Ada yang berlandaskan hidup murni bermasyarakat dan berjiran. Ramai juga yang berlandaskan kepada cara yang bukan bukan. Persoalannya adakah ianya suci dan sesesuai dengan sifat mula kita dilahirkan? Malangnya dengan masa, ianya menjadi tidak kerana suasana pemebesaran yang berbeza=beza. Pernahkah kita mendengar orang berkata, sememangnya dia begitu. Tak pandai bengkang bengkok. Dan tidak kurang yang kejam dan yang ganas. Ini kerana lumrah kehidupan di pasak dan dipaksikan oleh berbagai bagai dimensi ragam kehidupan, maka berlakulah `kesimpangan siuran' perbuatan, kata-kata, dan pemikiran. Hanya dengan displin ilmu sahaja dapat kita berpatah balik dan melihat apa yang dibuat dan difikir suci atau tidak. Dan bagi yang beragama Islam, Al-Quran merupakan kitab yang terkandung segala ajaran suci bagi tujuan membawa kita dan masyarakat ke jalan yang lurus. Hanya Allah sahaja yang Maha Besar lagi Mengetahui Segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment