Monday, September 25, 2017

apakah rahsianya?

Dihening pagi yang sepi dan di mana matahari masih cuba menjengok hendak mencuri keluar, aku berani menulis semua ini demi  mencapai kehidupan yang indah. Setelah ditatap tabah, berani aku mengatakan rahsia sebenarnya pada kehidupan seseorang adalah pada umur, kesihatan, dan kematian. Allah menjadikan segalanya. Adakah Allah berahsia terhadap sesuatu supaya tidak apa sahaja yang lalu membuat kita keliru? Lantas terciptalah pandangan, istilah, nama, gelaran yang berbagai dan bagai dan sangat mengelirukan kerana ianya cuba menjauhkan diri kita dari rahsia yang satu itu dan juga menjauhkan diri kita dari resepi hidup yang sebenarnya dan dijadikan pendirian yang tidak mudah direbahkan. Lantas amaran ini patut diketengahkan. Jangan mudah terpengaruh dengan gambar dan gambaran yang cuba memecah belahkan. Selidik dan teliti apa jua yang boleh mendatangkan angkara dan akhirnya melemahkan diri dari satu situasi yang benar boleh memberi kekuatan. Jangan mudah memperkecilkan dan memperlekehkan kehadiran peristiwa yang mana menggambarkan kekuatan Allah yang sebenarnya. Tidakkah terfikir bahawa perjalanan hidup adalah perjalanan yang tidak terjumpa manusia lain yang benar benar ikhlas dalam menatap wajah mu? Kemiskinan dalam berbagai bentuk berada dan terdapat di mana mana. Lagi banyk kekayaan maka lagi banyak kemiskinan, ketandusan hati dan jiwa. Ruparupa ramai yang lupa umur dan mati tidak mengecualikan sesiapa. Itulah rahsia pokok kepada masalah jika dirasai hidup terpinggir dan diketepikan. Tidakkah terfikir bahawa umur dan kesihatan yang dirasai memberi saya kedudukan yang berbeza dari orang lain? Adakah mereka dapat menandingnya? Disitulah letaknya kekuatan yang sepatutnya disedari, di jaga dan pohonlah kepada Allah akan Kesejahteraan yang di hajatkan Allahuakbar.

Sunday, September 24, 2017

the only one step..

just like it happens yesterday...but to them it seems so far away. not me. despite the long many many years, it was just like yesterday..

Friday, September 22, 2017

yesterday's gone...

many things..

1. tidak fikir berbalas..
2. just do it within my capacity
3. be a free man
4. the shift in the sense of guilt..
5. would it stunt growth?
6. at my age?