Friday, October 29, 2010

Kaaba

Kaaba can be anything to a person. For those who have visited it can be a different story. Kaaba seems to speak and move. That is the wonder of kaaba. Of such mangnitude sending the signal that Allah Is Great and the Most powerful.


Thursday, October 21, 2010

Thursday, October 14, 2010

Pasti....

Satu perkataan yang besar nilainya kepada setiap insan di muka bumi ini. Ianya merupakan prinsip rahsia kepada keluhuran budi dan hati. Malah setiap langkah merupakan persoalan mencari kepastian.Ia akan menimbulkan penyatuan. Besok aku akan ke sana dalam langkah menuju ke arah kepastian. Mereka akan bertalbiah. HambaMu telah datang menyambut panggilanMU....dan tidak ada sekutu bagiMU. Dengarlah. Laungkanlah. Jutaan manusia akan berkumpul dan akan memantapkan lagi kepercayaan yang mungkin selama ini samar samar dan dianggap not `the real thing'. Keseluruhan hidup difokuskan kepada apa yang benar dan apa yang tidak. Allah Yang Maha Besar. It can never be more real than Allah Yang Maha Besar dan Menguasai SEGALA-SEGALAnya. Kesemuanya dalam KetentuanNya. Cuma apa yang patut kita tahu adalah cerita dan rahsia di sebalik segala-galanya.

Wednesday, October 13, 2010

Kuasa dan tugas..

Perlukah kuasa sebelum melakukan sebarang tugas atau kerja? Allah Yang Maha Berkuasa dan Tugasan Allah tidak bersempadan. Kekuasaan yang diberikan kepada manusia dalam berbagai bentuk dan dimensi. Malangnya ramai yang hanya memerlukan kuasa yang disedari diberi dan formal pula sebelum sebarang tugas yang hendak dilakukan. Perhatikan tangan kita. Adakah kita memiliki dua belah tangan, dua tapak tangan dan 10 jari? Adakah itu merupakan satu dari dimensi kuasa dan kekuasaan? Adakah selama ini tangan dan jari telah melakukan tugasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah? Dan adakah dengan tulisan begini pagi ini merupakan tugasan hasil dari kesedaran kuasa dan kekuasaan itu? Pokoknya adakah Allah merestuinya? Hanya kepada Allah saya memohon petunjuk dan keampunan.

Tuesday, October 12, 2010

amalan dan pengertian...

Maka ke sanalah mereka membawa sejuta amalan dan sejuta pengertian dan memohon sejuta harapan dan keampunan. Di depan Yang Satu berlakulah keinsafan.Lautan dosa dan pahala cuba merongkai sejuta rahsia kehidupan dan kematian. Merongkai rahsia neraka dan syorga. Kepahitan dan kesenangan, kemiskinan dan kekayaan. Sekali gus tertanya siapa dan mengapa saya? Memohon jawaban. Walauapapun, batiniahnya, lautan manusia tetap bersatu dan tidak berbelah bagi, menerima dan meredhai segala Ketentuan Illahi. Walaupun ada yang indah dan ada yang diburu mimpi ngeri, dalam kredhaan, cerita dan rahsia hidup dan mati terus dicari. Itulah hendaknya harapan bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji dan umrah musim 1431H ini. InsyaAllah.

Sunday, October 10, 2010

billions...the Greatness

One way and at times we think our self as being misplaced in a population of billions. So small and insignificant. Are we? The moment `azan subuh berkomandang' echoing the GREATNESS of Allah, all are not being misplaced after all. Everything is rightfully in the place it should be. Sudah begitu ketentuanNYA. KETENTUAN ALLAH. But why the differences? I am still seeking...and thinking in the context of the GREATNESS OF ALLAH..

Saturday, October 9, 2010

Anchorage of buzz..

It could be of anything and everything. I do not what. So are the word `buzz'. Having seen and experience a lot of things, don't really know which one is worth mentioning. Yesterday, and in just one day I was with so-called good people, but it was sieved differently as of what I `saw' them before. The good has turned bad and unacceptable. And also has turned nasty and spooky. But surprisingly, the bad has turned out to be an `angel'. But others might just come up as a monster. What a label! But that is the way it is. Just an example of buzz. Soon I shall be embarking on a journey. It shall depict the anchorage of what is a reality, before, here, now, and the days after.. No more an anchorage of buzz..InsyaAllah.

Friday, October 8, 2010

Trespassing of rights..

You are trespassing. Trespassing? Secara sedar atau tidak kita mungkin melakukannya. Di sini kita bermunajat memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui dan membetulkan perjalanan yang mungkin selama ini mencerobohi hak orang lain. Hak tidak semestinya tempat kerana adakala tanpa disedari masa orang lain telah menjadi masa kita pula. Hak masanya telah dirampas.Tidak lama lagi saya akan berada di kota Mekkah menunaikan fardhu haji. Dianggarkan 3 juta manusia yang turut serta menunaikan rukun Islam yang ke-lima ini. Doa saya pada Mu Ya Allah semoga dipermudahkan perjalanan saya dan isteri dan juga umat Islam yang lain dalam mengejar haji yang mabrur. Jauhkan kami dan umat Islam yang lain dari perlakuan yang tidak suci pada Sisi Mu Ya Allah termasuklah memohon perlindungan dari hak kami diceroboh, atau kami yang menceroboh atau terceroboh hak orang lain.

Thursday, October 7, 2010

In seconds and in minutes..

We own nothing. Not in hours and days. Only in seconds and in minutes. Back to our self despite the month long being in that place. The preparation is year long effort but the possesion is mere in seconds and minutes. That calls for in depth knowledge in that area just to make good the seconds, the minutes, and the hours.

Wednesday, October 6, 2010

sensing the gathering strength...

It has been with me all along. And that is what I am or rather that defines me in a way that makes me a different person. In whatever situation I am in, rarely can that `little fellow' play trick on me. I am just what I am - despite others - influence, viewpoint and opinions, and being what I was, the pushing on and the moving on, and that `unique nature of competition' has become my endearing life landmark. And I am glad that gathering of strength has occurred that carve out a unique face and spirit in me. Today I have it written just in time before the journey begins. Allah is Great and the Most Powerful.

Monday, October 4, 2010

sensasi satu dan beramai...

Kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang sangat bergantung kepada tanggapan dan sensasi yang mungkin melekat pada dirinya dan selama ini tidak disedari. Tanggapan dan sensai ini boleh menjana kekuatan dan boleh juga menghakis keyakinan. Sebenarnya keseluruhan dan sebilang masa seseorang itu sentiasa dalam keadaan berseorangan tanpa pergantungan kepada siapa siapa dan apa apa. Lantas timbul soal duit, keduudkan dan harta, yang boleh menegelamkan diri dalam lautan bidaah yang tidak ada penghujungnya sehingga saat diri dilanda penyakit yang membawa kepada kematiannya. Justeru, harta dan kedudukan tidak merupakan penyelamat lagi. Hanya pergantungan kepada Allah Yang Maha Besar dapat memberi sensasi yang memberi seribu malah jutaan kepuasan dan keinsafan.

Sunday, October 3, 2010

Kata-kata suci...

Kategori kata ada suci dan ada yang tidak. Perbuatan begitu juga. Ada yang bergelomang dengan entah apa-apa. Ada yang berlandaskan hidup murni bermasyarakat dan berjiran. Ramai juga yang berlandaskan kepada cara yang bukan bukan. Persoalannya adakah ianya suci dan sesesuai dengan sifat mula kita dilahirkan? Malangnya dengan masa, ianya menjadi tidak kerana suasana pemebesaran yang berbeza=beza. Pernahkah kita mendengar orang berkata, sememangnya dia begitu. Tak pandai bengkang bengkok. Dan tidak kurang yang kejam dan yang ganas. Ini kerana lumrah kehidupan di pasak dan dipaksikan oleh berbagai bagai dimensi ragam kehidupan, maka berlakulah `kesimpangan siuran' perbuatan, kata-kata, dan pemikiran. Hanya dengan displin ilmu sahaja dapat kita berpatah balik dan melihat apa yang dibuat dan difikir suci atau tidak. Dan bagi yang beragama Islam, Al-Quran merupakan kitab yang terkandung segala ajaran suci bagi tujuan membawa kita dan masyarakat ke jalan yang lurus. Hanya Allah sahaja yang Maha Besar lagi Mengetahui Segala-galanya.

Saturday, October 2, 2010

Menyakit dan mengguris...

Dalam keadaan keadaan tertentu, sedar atau tidak, kita disakiti dan kita terguris. Tetapi dengan kemaafan, tidak kira dari pengguris dan diguris, maka terlerailah perasan disakiti tadi. So it is all chemical reaction! Dengan kemaafan maka reaksinya mengneutralise kebekuan dalam bentuk darah yang terguris dan tersakit. Hanya semalam dua keadaan ini melanda saya. Dalila, kalau awak membaca ini, kemaafan awak membawa kepada kecairan kepada sesutau yang sudah membeku. Dan pagi ini saya terguris mendengar cerita dari mulut jiran. Tetapi rahsia kebekuan dan kecairan ini sudah terongkai. I can solve my own problem now. And I can make it come and go as quickly as I want it to go. How? Any thing and everything, it is all chemical reactions! But why the deep-seated feeling? Budaya, sosial, and personal has taken its place. But the bottomline is, it is all chemical..!!!So when you get angry, go out and get more oxygen from the fresh air..haha.

Friday, October 1, 2010

luar dan dalam...


Luar dan dalam adalah dua tempat yang berbeza. Orang di dalam mendengar apa yang dikatakan oleh orang diluar sebab mereka pernah berada di luar. Malang sekali orang di luar yang masih tidak berjumpa pintu untuk masuk ke dalam tidak memahami apa yang dikatakan oleh orang di dalam. Lantas banyak masalah berpunca dari elemen dalam dan luar ini. Tengok sahaja bidang pemasaran, analisa akan apa yang hendak buat dan apa yang terbuat sangat lari daripada yang dihasratkan oleh masyarakat yang siuman. Ini kerana orang di luar masih tidak berjumpa pintu untuk masuk ke dalam lantas mereka banyak membuat andaian yang tidak betul akan apa yang berlaku di dalam. Sedangkan mereka yang telah berjaya berjumpa pintu untuk masuk ke dalam telah berada dalam keadaan yang sungguh selesa kerana sekali gus berpeluang memahami apa yang berlaku di luar dan di dalam. Terfikirkah anda bahawa orang yang berjaya berada di dalam telah berjaya memiliki banyak ilmu dari mereka yang masih di luar? Adakah kerana mereka di dalamlah maka doa mereka lebih terjawab..?