Friday, October 1, 2010

luar dan dalam...


Luar dan dalam adalah dua tempat yang berbeza. Orang di dalam mendengar apa yang dikatakan oleh orang diluar sebab mereka pernah berada di luar. Malang sekali orang di luar yang masih tidak berjumpa pintu untuk masuk ke dalam tidak memahami apa yang dikatakan oleh orang di dalam. Lantas banyak masalah berpunca dari elemen dalam dan luar ini. Tengok sahaja bidang pemasaran, analisa akan apa yang hendak buat dan apa yang terbuat sangat lari daripada yang dihasratkan oleh masyarakat yang siuman. Ini kerana orang di luar masih tidak berjumpa pintu untuk masuk ke dalam lantas mereka banyak membuat andaian yang tidak betul akan apa yang berlaku di dalam. Sedangkan mereka yang telah berjaya berjumpa pintu untuk masuk ke dalam telah berada dalam keadaan yang sungguh selesa kerana sekali gus berpeluang memahami apa yang berlaku di luar dan di dalam. Terfikirkah anda bahawa orang yang berjaya berada di dalam telah berjaya memiliki banyak ilmu dari mereka yang masih di luar? Adakah kerana mereka di dalamlah maka doa mereka lebih terjawab..?

No comments: