Saturday, February 5, 2011

Kerumitan..

Aspek kerumitan dalam kehidupan memang nampak banyak jika ianya dilihat dengan mata. Jika ianya dilihat dengan hati, keserabutan sepatutnya hilang ditelan keupayaan, kebolehan,dan kemampuan. Ini tidak. Serba serbi hendak. Malah ada yang mengada adakan rasa terhadap Allah. Sesungguhnya berkatalah kamu di atas hati pertama yang berkata. Allah Yang Maha Mendengar lagi Mengasihi. Hati kedua dan ditambah dengan hati ketiga dan syak yang bukan bukan akan membawa dan menambah kekusutan dan kerumitan. Sesungguhnya Allah Sahaja Yang Berkuasa Mengetahui Segala Debaran Hati Manusia, ciptaanNya.

No comments: