Friday, May 31, 2013

Dirasai ada jurang...

Merasai jurang kepada sesuatu adalah lumrah rasa yang melanda setiap orang. Hanya pada lambat dan cepatnya ianya akan bertaut dan menghilangkan rasa keraguan dan jurang itu. Lupanya seseorang terhadap sesuatu mungkin disebabkan sesuatu jurang dan masalah yang melanda hati dan fikir ketika itu. Lantas lupa atau jurang begini patut dibendung dengan banyaknya berzikir dan mengingati Allah. Allahuakbar.

Thursday, May 30, 2013

Keagongan dalam sunyi...

Ciri sunyi yang dirasa adalah berlainan. Ada keadaan sunyi berpindah ke tingkap dan jendela. Merenung jauh. Ada berpindah kepada baca dan menulis. Tidak kurang juga yang pergi berjalan dan memulakan kehidupan dan pengalaman baru.  Sunyi itu  mungkin ada kaitan pada wajah dan rasa rindu yang tidak dapat jangka. Datang dan pergi sesuatu tidak dijangka. Lantas rasa sunyi itu beraneka. Adakah pernah rasa sunyi kerana para malaaikat turun secara beramai ramai mengellingi diri ini? Tidak pula dirasa rasa sunyinya. Hanya dirasai rindu kepada Ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-GalaNya. Allahuakbar.

Wednesday, May 29, 2013

Updates....

They sounded with no sound. They move with no moves. Most update themselves with emptiness. The days are filled up, work done, but why still that emptiness? Updating but why still not up to date? Allahuakbar.

Tuesday, May 28, 2013

where it closes, where it opens...

A very infinite world of existence. It does not close. It always opens. It is a vast and infinite world of opportunities and possibilities. It is always been like that the moment you first see and sense it. It displays an unstoppable events after events. Till when? It closes. It opens. Endless. Infinite. Allahuakbar.

Monday, May 27, 2013

I have got my feeling back..

I am no longer tied to things I don't like to be tied to. I am free of my HHO and it is just an office I have to go to to do my work and serve my days. No serious thought about loss and profit. If by chance it has to grow, it will grow. Don't take things in a hurry and in luxury. Allah is Great. Allah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maka Pemberi. Succumb to good thoughts and good feelings. Service in humility is very much a way of me and my life. It is very much the heart to every move I have and shall be making. So that is the way it is going to be. Don't jump the gun. It shall be there when it ought to be there. Allahuakbar.

Sunday, May 26, 2013

Islam diperluasi..

Jadikan ianya titik tolak kepada perluasan ilmu dan kesedaran seterusnya. Tidak perlu di objekkan dan difizikalkan. Tidak perlu di sempadankan dengan cerita yang hanya merupakan maklumat yang dilaungkan dgn penuh perasaan keegoaan diri. Jangan dikatakan ianya telah dimiliki sepenuhnya. Allahuakbar.

Saturday, May 25, 2013

Jangan ditambah minyak kepada api..

Tetapi faktor X sangat sukar ditolak tepi. Ianya sangat berpengaruh dan memberi walaupun tidak diundang datang dan disuruh pergi. Dalam keadaan tersendiri dan terasing, kita mungkin selamat dari faktor X tersebut. Tetapi dalam banyak keadaan, ianya berada di bawah aras sedar, separa sedara, tidak sedar, dan merupakan fakta kepada ledakan fikiran dan perbuatan seseorang. Bilakah ianya terbentuk dan tebina sehingga ianya menjadi punca kepada malapetaka atau sebaliknya? Kepada Allah kita memohon petunjuk dan hidayah. Allahuakbar.

Friday, May 24, 2013

peratusannya kecil tetapi besar....

Peratusan kekerapan secara relatif sangat kecil, tetapi pengaruhnya sangat besar. Peratusan berfizikal dengan sesiapa sangat kecil. Tetapi mengapa peratusan kerapatan sangat besar, bermakna, dan mendalam? Tidak seberapa di segi jumpa dan cakap, tetapi sudah terselongkar segala rahsia dan adab. Lantas berani mereka berani apa? Begitu juga berani saya terhadap budi dan bicara. Bukankah itu satu penderhakaan dan penghinaan? Atau satu penyerahan diri dan fikir yang sangat membahayakan? And now the choice is yours. Be good or be bad? Neither, but the consciousness is divine. Allahuakbar.

Thursday, May 23, 2013

tidak dibiarkan di belakang..

Walaupun pada mulanya hidup ini berasa dan terasa, sekarang tidak lagi. Adakah kerana rasa utama telah terserlah dan dapat menguasai fikiran dan mikiran? Walaupun tidak ditegur sapa dari kalangan mereka yang terpilih dan dimilih, tidak dirasakan terkebelakang dan terpinggir.  Hidup kini tidak lagi bernombor dan diberi nombor. Malah dirasakan ada kekuatan yang tersendiri dari apa yang tersurat dan tersirat, dari apa yang terjadi dan tidak terjadi, terbuat dan tidak dibuat.  Ia membuat hati lebih kental dan jauh sekali dari terpuntal. Allahuakbar.

Wednesday, May 22, 2013

the stolen past...?

Actually nothing has been stolen from anybody. But why it seems we have been caught in a time situation of a stolen past? Everybody seems to steal something from everybody. Some are raped of their ego, dignity, and integrity. But in the process of consciousness, we seem to be back to where we ought to belong. Nothing is stolen from anybody. Not even the past and the present. Sudah Satu Ketentuan. Allahuakbar.

Tuesday, May 21, 2013

banyak kali...

Sebutlah sebanyak mana hendak dikatakan, tidak ada siapa melarang dan menghalang. Syaratnya biarlah benda yang hendak diperkatakan itu benar dan betul. Lakukanlah sebanyak mana yang hendak di lakukan, asalkan apa yang hendak dilakukan itu memanfaat kepada semua dalam konteks kesejahteraan dan kebahagiaan hidup semua. Mulut untuk dibuka dan berkata sesuatu. Ciri utama pada mulut adalah berunsurkan pada utut atau muscle dan boleh digerakkan banyak kali. Potensinya adakala tidak disedari. Kehebatan sesuatu adalah pada banyak kali dilakukan. Begitu juga dengan fikir. Juga pada anggota kaki dan yang lain yang mana boleh digerakkan banyak kali. Jika ingin sesuatu, gerakkan lah banyak kali sehingga tercapai apa yang dikehendaki. Potensi terletak pada anggota kita adalah ianya berupaya digerakkan banyak kali. Lantas ianya membawa kepada tahap kecekapan diri justeru semua memanfaat darinya. Allahuakbar.

Monday, May 20, 2013

tidak sampai melupai pemberian dan anugerah Allah...

Act and decide to the rules of the thumb. Give and take. Give what is supposedly theirs, and take what is supposedly yours. Tetapi ruang kesedaran kepada rule itu adakala melanggar hakikat zat itu sebenarnya. Selalu tersimpul kerana hati yang banyak cuba menguasai hati yang satu. Maka berlakulah konflik buat seketika sebelum dapat dikemudikan kembali ke arah kesedaran dan kehidupan mental dan fizikal seperti mana apa yang telah diberi dan dianugerah. Allahuakbar.

Sunday, May 19, 2013

bertembong, berselisih, berjumpa..

Itulah situasi saya dalam menjalani kehidupan sebelum berjumpa dengan kematian. Bertembong, berselisih, dan berjumpa. Hanya seketika tetapi sudah banyak membawa persoalan yang mungkin fitrahnya hanya berselisih, mungkin bertembong, dan sedang menghadapi sesuatu perjumpaan. Semuanya bertujuan dan berhasrat. Allah Yang Maha Berkuasa lagi Mengetahui Segala Apa Yang Berlaku. Walauapapun, I must keep my head up,  be cool, and never lose control of myself in terms of whether `sedang berselisih, sedang bertembong, dan sedang berjumpa'. Stick to the reality of the situation  of what is yours and what are theirs. Never be overwhelmed and over jump of anything whatsoever. Kepada Allah saya memohon perlindungan dan pertolongan. Allahuakbar.

Saturday, May 18, 2013

menyembah dan memohon fitrah....

Adakah segala-galanya tidak menyerupai apa-apa melainkan dalam konteks fitrah dan menyerah? Manusia tidak memiliki kegagahan sama sekali. Walaupun tereka cipta senjata canggih, kuat dan tepat teknologinya, akhirnya tiba pada waktunya kesemuanya akan menyembah fitrah. Allahuakbar.

Friday, May 17, 2013

soalan yang tidak terjawab...

Bukan semua soalan kehidupan dapat dijawab dengan tepat dan dengan sempurnanya. Tidak ada senarai faktor yang lengkap yang dapat menyelesaikan sesuatu persoalan. Justeru itu diamlah bila dirasakan perlu diam. Ada perkara yang hanya perlu di perhati dan di dengar. Tidak ada soalan dan jawapan yang dapat mengiringi perkara tersebut. Ya Allah. Mohon Keampunan kerana selama ini ada dicuba juga untuk menanya Zat Allah  yang tidak perlu diteroka sama sekali. Hanya ucapan Allahuakbar.

Thursday, May 16, 2013

merasai kebolehan...

Hendak di sempadankan rasa boleh dan tidak adalah satu perkara yang jarang difikirkan. Ianya tidak sangat difikirkan. Mungkin apa yang dilakukan adalah jelas terhadap perkara yang mana memang boleh dilakukan. Menulis, contohnya, tidak sangat dirasai sukar dan susah hendak lakukan. Tetapi ianya bukan soal boleh buat atau tidak, tetapi lebih kepada soal topik dan isi yang terpantul dari tulisan tesebut. Ianya lebih kepada persoalan mesej yang tercipta dari tulisan tersebut. Dirasakan ianya di luar rongga dan ruang boleh atau tidak. Manisnya pantulan itu membuat saya merasakan bahwa ada Kuasa lain yang ada bersama yang mengiringi kebolehan saya itu. Allahuakbar.

Wednesday, May 15, 2013

been there..

Everybody has some place to go. That some place is destined to be the place that answers the questions of life and living in its eternal sense. Life is a narrowing and zeroing process from nothing to something. And that something should not be a repetition of what has happened in the past. It is not going to repeat the mistakes of the pasts. And yesterday the past seems to knock again on my door. The difference is that, this time I am not going to let it in. It is not part of that zeroing process. Memohon kepada Allah Petunjuk dan Hidayah. Allahuakbar.

Tuesday, May 14, 2013

choices are made...

Paths are laid and there is no turning back. But the question is how far is the journey? It all depends. All nations has its story of down and fall, rise and conquer. What about Malaysia and Malaysians, or rather Malaysia and Melayu? Anyway, I am just asking. The answer is in the taking and the giving. If the journey is so much a taking, then the journey would be short. If it gives and under what circumstances we still give, then it would be a barakah, safe and happy journey. InsyaAllah. Sentiasalah memohon keampunan dan keredaan Allah dalam apa jua yang diusahakan. Mohonlah kebahagiaan, kekayaan dan kesejahteraaan dalam apa yang dilakukan. Allahuakbar.

Monday, May 13, 2013

seemingly natural..

Seemingly natural. Seemingly unnoticed. But it does. That is the ingredient that has carried me this far.  It is a world of many and varied blend. It is a blend of the old , the young, and the modern. There is always the old in the young. There is always the young in the old. There is always the manual in the digital. The speed can be as fast as the lightning. It can be as slow as the eye can follow. But both seem to be a passer by. But watch out for sounds that seem to be happy in the irregularities. Abnormalities in the normalcies of events. What a wonderful world. The color of the rainbow. So pretty in the sky. Allahuakbar.

Sunday, May 12, 2013

live on...

I have had my pasts...Do I missed something? But it does not lack direction. In the beginning it seems clumsy and turmoil of a naked mind and kind. But soon it develops into a well dressed and well packaged self moving towards something. And till now it seems that little bits and pieces are up to something purposeful and useful. Thinking through of what has happened yesterday, I did see something different that sets me apart from the rest. I have mine. It is me. Allahuakbar.

Saturday, May 11, 2013

Bangun...

Tidak ada orang bangun beramai-ramai dari tidur. Soal bangun adalah soal bangun sendiri sendiri dan sendirian. Kalau ada yang hampir masa bangunnya tidak lain dari isteri sendiri. Itupun tergerak atau digerak. Bagaimana pula bangunnya anak anak? Ada yang kena diketuk pintu kuat kuat supaya bangun dari mimpi yang sememangnya indah dan melalaikan. Lantas, fahamilah bahawa soal bangun dari apa jua kesedaran adalah anugerah Allah kepada hambanya secara sendirian. That is what we described as strength in self-consciousness. Allahuakbar.

Friday, May 10, 2013

BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER...

BEAUTY IS IN THE EYES OF THE BEHOLDER...

quality products..?

IS IT JUST A QUALITY PICTURE?
 A troubled mind would lead to a result in something that is proportionately questionable. Instability of thoughts and thinking would make a product deficient and inefficient; defective and ineffective of one kind or another, in use and in justifying its marketing and production. In a failure and in any kind of failure for that matter, we can come out with reasons that can please the mind and the heart. But it is not going to replace a troubled mind and a troubled thinking that sets the tone of `inputting and thus the outputting'. Are we going to fail again? In the first place, why say it? Success is just the order of the day. Life is full of possibilities and opportunities. In the smallest of thing we do, we shall be rewarded. Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-Galanya. Allahuakbar.

Thursday, May 9, 2013

time track..managing the numbers..

Up for grab. Do I know the actual location of  time in terms of my time track? All words, actions, and decisions seem to indicate the righteousness of what? No thoughts mean no writing. But no such thing as messy and clumsy. Still clear and focused  despite the turbulence outside. Still can feel the sensibilities of actions and decisions. Still having the sense of moving and going. What about aging?  Certain actions and decisions of others are indications of indignant and certainties. Numbers that matters. That sets the routine. Against that background I find the location of time in terms of my time track. Have I? Allahuakbar.

Wednesday, May 8, 2013

Faktor Anwar anak Ibrahim berulang lagi...

Fakta Anwar dalam menentukan kemenangan dan kekalahan BN tidak boleh diketepikan begitu sahaja. It is a common sense psychology..Anwar menang, Nurul Izzah menang, PKR menang dan PR menang. Silap BN ialah mereka mengandaikan jika Anwar di benci, BN  secara automatik akan memenangi PRU13 ini. Pilihanraya bukan persoalan individu tetapi persoalan isu negara dan kebahagiaan rakyat keseluruhannya. Tetapi pada BN ianya persoalan individu. Zulkifli Nordin, Saiful, Mahathir, Ezam Noor, Zahrain, Nallakarupan, Muzafar, mereka habis habisan di gunakan untuk menghentam Anwar hingga ke saat akhir sebelum hari mengundi. Dan termasuklah Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3. Jelas niat BN telah terpesong. Lantas berlakulah apa yang dikatakan Tsunami ini dan Tsunami itu. Betul ke? Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa, Memiliki Segala Rahsia KejadianNya. Allahuakbar.

Tuesday, May 7, 2013

mainan hidup atau satu permainan..?

Atau hanya main-main? Seketika dan sesaat nampaknya macam main-main. Di sudut yang panjang dan jauh ianya perjalanan yang ada penghujung, menyakitkan atau membahagiakan. Tetapi dirasakan ianya juga satu permainan yang di rancang rapi supaya penghujungnya adalah disebabkan permulaanya. Sebagai contoh, permulaannya menampakkan satu permulaan proses yang merupakan satu penipuan. Penipuan adalah permainannya. Lantas, dengan cepat, dia akan tersungkur sebelum tiba masanya. Keikhlasan adalah hiasan dan rupa diri yang susah dikategorikan sebagai satu permainan. Malah orang yang memiliki sifat begini selalu dipermainakan. Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-Galanya. Mohonlah perlindungan supaya kita sentiasa dalam JagaanNya. Allahuakbar.

Monday, May 6, 2013

PRU13..all along it has been Najib's election..but whose victory?



All along, it has been Najib's election. All along, it has been one Najib. The victory is only for one and only  Najib. The victory is not meant for all Malaysians. Malayisa still stuck with the old and one problem...the race problem, persoalan yang tidak pernah terongkai dan terlerai. Bezanya adalah satu - dahulu berpaksikan kemiskinan, dan sekarang berpaksikan kekayaaan. Dalam konteks kekayaan yang tidak seimbang merupakan persoalan yang tidak pernah terjawab. All this while, it has not been addressed properly. Bangsa Cina mengukur kekayaan mereka dari sudut global dan antarabangsa. Orang Melayu mengukur kekayaan mereka dari sudut kekayaan dalaman. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan dan perlindungan. Allahuakbar.

Sunday, May 5, 2013

Persoalan dan soalan...

Apa jua soalan yang ditanya oleh sesiapa, nampak tidak relevan pada mulanya, tetapi akhirnya satu persoalan besar akan terjawab. Hari ini adalah hari mengundi Pilihanraya Umum Malaysia yang Ke-13. Persoalan apakah yang terongkai, terlerai, dan terjawab? Mungkin di atas perkara yang mana selama ini tidak terfikir dan ternampak oleh sesiapa? Sama-samalah kita menunggu jawapannya di sebelah malam nanti. Allahuakbar.

Saturday, May 4, 2013

It carries a meaning...

If he does not feel old and odd, so be it..
How am I going to understand it? Do I have to feel it? No. Life is only smiles now. Can't afford not to smile. So don't create tension unnecessarily. Don't let anything play a mind game that can create old and odd numbers, old and odd events, that can total up to odd days and odd nights. Lest it carries a meaning of places and time I just do not belong to. Make things even.So pack up and time to leave. It is time to ride out of those old odd days. Allah is Great. Allahuakbar.

Friday, May 3, 2013

Kebesaran Allah...

Hanya menunggu masanya , apa jua yang terpamer dan yang tidak, tercakap, terfikir, jelas ataupun yang tidak, kesemuanya itu adalah hak Allah. Tidak dijadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Segala-gala akan tertunggu dan menunggu. Segala-gala yang tertunggu dan yang tidak. Adakah ianya mendebarkan? Sudah pasti. Segala bentuk perkara yang ada unsur tunggu dan menunggu memang mendebarkan. Dari Allah ianya datang dan kepada Allah ianya dikembalikan. Saya pohon pertolongan dan perlindungan dari Allah. Allahuakbar.

Thursday, May 2, 2013

pikat dan pasti meningkat...

Itulah pemasaran. Syarikat Nestle dengan barang antaranya MILO cukup berpengetahuan tentang memikat dan sudah pasti jualannya meningkat. Manusia pula tidak kurangnya dengan potensi memikat. Lantas apa yang meningkat? Ada dua kemungkinan. Dosa atau pahala. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa  terhadap perjalanan kehidupan dan sudah pasti segalanya adalah merupakan ujian. Jika usaha memikat adalah untuk jalan yang benar, Allah akan mempertingkatkan kefahaman tentang Allah dan rahsia Kejadian dan Ciptaan. Allahuakbar.

Wednesday, May 1, 2013

agak menakutkan...terbatas dan terhad..

Apa tidaknya? Dimensi fikir dan buat yang terbatas dan terhad. Itu buat masa itu. Dan juga buat masa ini. Satu hari, mereka akan berdepan dengan saya semula, dan menyatakan pendirian dan keberanian yang berbeda. Di kenangkan kembali, betapa jahilnya diri kerana tidak berdaya mendahului masa dan zaman. Walau bagaimana pun, kita tetap berusaha. Saya sentiasa memohon taufik dan hidayah dari Allah. Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-GalaNya. Allahuakbar.