Wednesday, May 8, 2013

Faktor Anwar anak Ibrahim berulang lagi...

Fakta Anwar dalam menentukan kemenangan dan kekalahan BN tidak boleh diketepikan begitu sahaja. It is a common sense psychology..Anwar menang, Nurul Izzah menang, PKR menang dan PR menang. Silap BN ialah mereka mengandaikan jika Anwar di benci, BN  secara automatik akan memenangi PRU13 ini. Pilihanraya bukan persoalan individu tetapi persoalan isu negara dan kebahagiaan rakyat keseluruhannya. Tetapi pada BN ianya persoalan individu. Zulkifli Nordin, Saiful, Mahathir, Ezam Noor, Zahrain, Nallakarupan, Muzafar, mereka habis habisan di gunakan untuk menghentam Anwar hingga ke saat akhir sebelum hari mengundi. Dan termasuklah Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3. Jelas niat BN telah terpesong. Lantas berlakulah apa yang dikatakan Tsunami ini dan Tsunami itu. Betul ke? Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa, Memiliki Segala Rahsia KejadianNya. Allahuakbar.

No comments: