Saturday, July 4, 2015

berat anggota badan, dan ringan batinnya..

Antara tua dan muda siapa lebih memberat? Siapa lebih merajin? Dua sifat yang pasti ada pada setiap orang - berat dan ringan. Saya? Dalam banyak keadaan dan situasi saya meringan orangnya. Terfikir adakah roh dan batin menguasai dan telah menggerakkan anggota badan saya? Dengan lain perkataan adakah ianya mendahului gerak badan? Lantas terfikir lagi, di luar saya adalah roh dan batin. Tidak kelihatan. Di dalam adalah anggota badan saya. Kelihatan. Terbalik pula. Adakah saya digerakkan oleh kekuatan batin bercirikan ringan seperti roh dan oleh kerana itu terasa lebih ringan, pantas, dan suka memintas? Lantas tatkala saya bersembahyang Jumaat tadi, dirasakan saya boleh dengan senangnya membayangkan dengan rasanya sekali bahawa saya sedang berada di Masjidil Haram mengerjakan solat. Wallahualam. Hanya Allah Yang Maha berkuasa Ke atas Segala-Galanya. Maha Suci Allah dari di syirikkan. Allahuakbar.

No comments: