Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Tuesday, August 16, 2016
dalam memburu mimpi..
Dalam memburu mimpi aku terjaga tersedar bahawa aku hanya sekadar mencari diri sendiri. Dalam banyak keadaan, kepuraan menjelma menjadi watak yang menyimpangkan aku dari landasan yang lurus. Jelmaan dalam berbagai rupa, bauan, kecantikan, hanya sekadar berhenti dan mengetuk hati yang lemah dan rapuh. Dalam banyak keadaan dan keputusan, didapati aku berdamping dengan jelmaan yang menjauhkan diri ini dengan jalan yang patut diikuti. Instead jalan yang aku lalu berkepingan dan tidak mempunyai foundation jati diri yang sepatutnya mendekatkan aku dengan diri aku yang kuat dan teguh. Mengapa dalam banyak keadaan aku dapati diri ini tersungkur di pintu ketenangan dan kesederhanaan? Hari ini selepas terlena lama, terdengar laungan azan mengajak solat dan hanya bersujud kepada Kebesaran Allah membebaskan diri ini dari jelmaan kepuraan yang sukar dan susah di tolak pergi. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai ke atas Segalanya. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment