Semalam aku meredah malam dalam hujan yang begitu lebat. Aku hendak ke satu tempat dan berjumpa sesorang. Ada faktor yang sangat menggerunkan dalam hendak mencapai tujuan malam itu. Dalam hujan yang begitu lebat, boleh sampaikah aku dalam masa yang ditetapkan? Hujan selalunya membawa erti, membawa kereta mesti dalam keadaan yang tangkas, cekap, dan jauhkan diri dari pemanduan dalam keadaan lemas dan cemas. Walaupun begitu aku tidak menolak sebarang kemungkinan dan ini termasuk kemalangan.
Syukur Alhamdulliliah, sebagimana lalu dan dulu-dulu, menepati masa dan janji telah menjadi lumrah dengan elemen keibuan kepada perjalanan hidup aku. Semuanya berjalan dengan baik sebagaimana diatur. Setiba dirumah, ternampak di peti surat satu surat. Lantas aku mengambilnya.
Surat dari Syarikat Travel and Tours Haji rupanya. Antara isi yang terkandung dan membuat aku tersentak adalah ayat permulaan `Bakal Tetamu Allah Yang Dihormati' dan diakhiri 'Penyucian Jiwa di Tanah Suci.'
Allah Yang Maha Besar. Malam tadi yang penuh dengan keserabutan mental dan fizikal tetapi perjalanan aku dipermudahkan. Seakan apa yang telah berlaku merupakan hanya bayangan hidup yang hanya boleh didengar, dilihat, dan dirasa buat seketika, dan untuk dijadikan itibar. Walaupun dalam apa jua keadaan, ianya juga merupakan satu perjalanan yang mempunyai arah dan dengan pengertian yang tersendiri. Kepada Allah saya memohon keampunan. Di mana jua persinggahan saya malam tadi, ianya merupakan persinggahan dalam menuju ke tanah suci di mana penyucian jiwa dapat dilaksanakan dalamn erti yang sebenarnya. Hanya Allah Jua Yang Maha Mengetahui akan Segala Rahsia Kejadian.
No comments:
Post a Comment