Sudah mula terasa terasing diri dan perpindahan masa. Baik sosial kerja, sosial jiran, sosial saudara, sosial masyarakat, sosial adat, budaya umum, budaya kecil, eknomi diri dan pandangan lumrah politik dan ekonomi, malah apa jua yang ada ciri dan sifat bersandar tidak terkecuali rumah, keluarga, siaran TV, surat khabar, kawan, dan kereta, sudah mulai hendak disedarkan pengasingannya kerana perjalanan yang satu ini. Walaupun jutaan manusia akan ternampak secara fizikal, sudah pasti rasa pengasingan dan perpindahan masa yang maha sangat akan berlaku di mana batin akan mengambil tempat dua mata yang memandang. Hanya yang tersedar adalah batang tubuh yang satu ini sedang bergerak ke arah kiblat yang selama ini hanya terhitung mengikut perkiraan otak dan minda sahaja. Hanya apa yang boleh diungkapkan adalah Allah Yang Maha Besar Menguasai Segala-Galanya.
No comments:
Post a Comment