Saturday, November 13, 2010

Besok ke Arafah...




Hanya tinggal hari ini sahaja lagi untuk ke Arafah. Rukun Haji yang pertama adalah niat haji. Kedua adalah ukuf di arafah. Di Bukit Arafah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula selepas 40 tahun berpisah. Jemaah Haji akan berpeluang berazikir dan memohon keampunan dari Allah Subhanawataalla. Peluang ini terbuka luas di padang Arafah ini.


Dan esok pada hari Ahad 9 Zulhijah. jemaah Malaysia dan ada seawal 9 pagi lagi akan menaikki bas ke Arafah bagi menyempurnakan rukun haji yang kedua ini.

Persiapan saya dan isteri untuk ke sana telah berjalan dengan lancar dan memohon kepada Allah Yang Maha Besar akan kesihatan yang baik bagi melakukan perkara yang rukun dan wajib Haji 1431 ini.

Thursday, November 11, 2010

Wednesday, November 10, 2010

In front of your eyes...

In front of my eyes and are revealing. One, an individual is about to influence and he knows it. Two, talk about previous encounters despite the reflection on the present encounters. Disgusting? Three, health factors which can easily said then proven. And fourth, displaying the character of a man who seem to deviate from the true principle of comradeship. Who is he? It can be anybody at any one time.

Monday, November 8, 2010

Fall back..

Fall back and the stories unfold. This morning my little seeking mind has revealed life can be a closed book and can be an open book. An open book can be the premise of a closed book. His death has been a closed book. But the closing, is it timely? Allah the creator of everything. Allah gives and Allah takes. But for what reason? Everybody gives their reasons. But Allah the Powerful, Knows All.

Friday, November 5, 2010

Bila berlaku kematian di Mekah







Sembahyang jenazah boleh dikatakan dilakukan setiap waktu sembahyang di Masjidil Haram. Pengkebumian dijalankan begitu lancar sekali. Selepas disembahyangkan di Masjidil Haram terus di bawa ke tempat pengkebumian sementara yang hanya 3 km dari masjidil Haram.Tempat tersebut dipanggil Ma'la. Selepas enam bulan tulang tulang dikutip dan ditanam di tempat lain. Mana mana mayat yang tak reput akan terus kekal di tempat pengkebumian tersebut.

Thursday, November 4, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Mekah dituruni hujan


Hujan turun berserta kilat sabung menyabung dengan dentuman guruh membuat jemaah merasakan mereka berada di Malaysia. Mengikut orang Arab di sini, sejak satu tahun yang lalu, Mekah tidak pernah dituruni hujan. Mereka sangat gembira menerima kedatangan hujan yang agak lebat buat beberapa jam. Bagi jemaah yang tidak sempat ke Masjidil Haram untuk solat Magrib, kami bersama bersama bersembahyang berjumaah di lobi hotel dan di imamkan oleh Dato Ngah Daud, pengurus besar andalusia travel n tours. Kami menganggap ini satu rahmat dari Allah Yang Maha Besar lagi Mengetahui.

Tuesday, November 2, 2010

Bicara Mekah 1











Musim haji merupakan masa dalam setahun di mana lebih kurang 4 juta umat Islam dari seluruh ceruk dunia datang berkumpul di kota Mekah Mukaramah bagi menunaikan rukun Islam yang Kelima.

Pada 1/11/2010 saya dan isteri telah memilih tingkat paling atas yang tidak berbumbung untuk menunaikan solat magrib di mana masuknya adalah jam 5.44petang. Tempat nya aman dan nyaman sekali walaupun kedapatan jemaah dari berbagai negara. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami ke Safwa towers di mana kedapatan makanan orang Melayu yang diusahakan oleh FELDA D SAJI.

Selepas itu kami bergegas ke Tingkat Pertama untuk menunaikan solat isya masuknya jam 7.14 petang. Walaupun didapati tingkat itu telah dipenuhi, dapat juga saya dan isteri mencelah dan bersukur kerana dapat menunaikan solat tepat pad waktunya.

Dalam jam 7.45 kami tiba di Abeer Garden Hotel setelah dgn jaya berjalan dalam kesesakan ribuan manusia. Sekali lagi kami bersyukur kerana dapat meredah dgn jayanya dan menepati waktu untuk makan malam yang disediakan oleh pihak penggendali haji kami.

di sana-sini tapi di perantauan