Tuesday, November 2, 2010

Bicara Mekah 1











Musim haji merupakan masa dalam setahun di mana lebih kurang 4 juta umat Islam dari seluruh ceruk dunia datang berkumpul di kota Mekah Mukaramah bagi menunaikan rukun Islam yang Kelima.

Pada 1/11/2010 saya dan isteri telah memilih tingkat paling atas yang tidak berbumbung untuk menunaikan solat magrib di mana masuknya adalah jam 5.44petang. Tempat nya aman dan nyaman sekali walaupun kedapatan jemaah dari berbagai negara. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami ke Safwa towers di mana kedapatan makanan orang Melayu yang diusahakan oleh FELDA D SAJI.

Selepas itu kami bergegas ke Tingkat Pertama untuk menunaikan solat isya masuknya jam 7.14 petang. Walaupun didapati tingkat itu telah dipenuhi, dapat juga saya dan isteri mencelah dan bersukur kerana dapat menunaikan solat tepat pad waktunya.

Dalam jam 7.45 kami tiba di Abeer Garden Hotel setelah dgn jaya berjalan dalam kesesakan ribuan manusia. Sekali lagi kami bersyukur kerana dapat meredah dgn jayanya dan menepati waktu untuk makan malam yang disediakan oleh pihak penggendali haji kami.

1 comment:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Salam.. Subhanallah.. Tak perasan pula tuan PM pergi Mekah tahun ini.. selamat beribadah.. dan doakan kebahagiaan dan dimakbulkan hajat saya juga.. (ada hajat besar tu..).. do our best for this haj...