Saturday, November 13, 2010

Besok ke Arafah...




Hanya tinggal hari ini sahaja lagi untuk ke Arafah. Rukun Haji yang pertama adalah niat haji. Kedua adalah ukuf di arafah. Di Bukit Arafah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula selepas 40 tahun berpisah. Jemaah Haji akan berpeluang berazikir dan memohon keampunan dari Allah Subhanawataalla. Peluang ini terbuka luas di padang Arafah ini.


Dan esok pada hari Ahad 9 Zulhijah. jemaah Malaysia dan ada seawal 9 pagi lagi akan menaikki bas ke Arafah bagi menyempurnakan rukun haji yang kedua ini.

Persiapan saya dan isteri untuk ke sana telah berjalan dengan lancar dan memohon kepada Allah Yang Maha Besar akan kesihatan yang baik bagi melakukan perkara yang rukun dan wajib Haji 1431 ini.

2 comments:

Abu Idris said...

Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html

Anonymous said...

syukur prof hamdan,dapat menunaikan haji di Mekah.

MOHD AZIM UiTM PAHANG(2008)