Friday, March 14, 2014

MH370 dan Budaya mengkritik.....

Budaya mengkritik...tidak bagi pemimpin kita?

Malaysia di kritik hebat oleh media antarabangsa kerana pemimpin yang dipertanggungjawab bagi SAR MH370 hanya menampakkan ketidak telusan di sana sini. Mereka berbalah bersabit fakta ini dan fakta itu. Bila soalan di aju bertalu-talu dalam soal MH370 yang hilang, mereka seolah-olah cuba mengelak dan menampakkan tidak selesanya mereka dengan press briefing tersebut. Semalam dijanjikan press briefing lebih awal, tetapi ianya hanya dapat diadakan pada jam hampir 6 petang. Yang peliknya dalam soal yang sensitif ini, media tempatan dan wartawan asing berpendapat mereka yang dipertanggungjawab tidak konsisten dalam beberapa perkara. General kata lain, TLDM kata lain, DCA kata lain, polis kata lain, dan Menteri pulak macam mana? Kesemua mereka mengingatkan jangan membuat spekulasi. Boleh ke? CNN telah menjadikan kisah hilang MH370 berita utama mereka dengan tidak henti-henti setiap hari mengalahkan berita Russia dengan referendum di Crimea. Tidak terkecuali CNN pun banyak melakukan andaian melalui temu ramah dengan pakar pakar. Adakah itu juga merupakan spekulasi? Sudah 6 hari berlalu, apa jua maklumat adalah penting walaupun dari sumber dibenci. Semoga hari ini merupakan hari terungkainya kisah hilangnya MH370. InsyaALLAH.

No comments: