Monday, October 12, 2015

Kekal dengan prinsip asas dan prinsip asal...

Allah sentiasa menolong walaupun ada situasi dan keadaan agak nampak tidak logik dilihat secara umum.Wallahualam. Bermula dengan kerja yang mana gaji yang rendah dan mendiami sebuah bilik yang tidak ada apa-apa. Hanya berlantaikan tikar usang dibentang diatas simen, dan dinding dipenuhi dengqan tulisan positif yang menceritakan sesuatu yang hanya berlaku berpuluh puluh tahun kemudian. Allah Yang Maha Berkuasa. Permohonan saya bagi memilikki apartment 3 bilik yang mana dua di sewa dan satu untuk saya sendiri telah mendapat kelulusan LKNP. Tapi saya tetap saya sehinggalah hari ini. Allah Yang Maha Berkuasa ke atas Segala-GalaNYA. Saya berpeluang menlanjutkan pelajaran ke seberang laut yang mana selepas itu segala-gala terbuka dan masih lagi dalam proses keterbukaan. Allahuakbar. Penuh Kesyukuran. Dalam pada itu prinsip asal dan asas  masih kuat tertanam dalam diri. Maha Suci Allah dari disyirikkan. Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-GalaNYA. Allahuakbar

No comments: