Showing posts with label mekah. Show all posts
Showing posts with label mekah. Show all posts

Friday, May 20, 2011

merentasi segala-galanya hingga ke Mekah...

Tawaf: Gambar hak terpelihara oleh Dzulkifli Abdul Malek
Fikiran kecil dan fikiran besar..dua istilah yang sedikit memahaminya. Ramai hidup yang bersempadankan diri sendiri, ahli keluarga, dan kawan yang terdekat. Tengok sahaja FaceBook..cerita hanya berkisar diri sendiri dan kawan sendiri sahaja..Diri sendiri dan rangkaian sosial yang terdiri ahli keluarga dan kawan adalah merupakan faktor yang menyebabkan minda tidak membesar. Sudah lama saya menjadi pensyarah dan sudah berinteraksi dengan puluhan ribu pelajar dan mengharapkan mereka memiliki minda yang tidak bersempadan dan berpaksikan pemikiran Islam sebagai asas pergerakan. Tetapi apa yang terjadi? Pelajar yang mungkin lulus dengan gred A tetapi perkara seperti perhubungan sesama Islam dan aspek sosial yang berlandaskan ajaran Islam adalah sebaliknya. Allah Yang Maha Besar.
Masjid Nabawi Medina: Gambar Copy right oleh Dzulkifli Abdul Malek

Sunday, April 24, 2011

until something comes along...

Have you heard of the expression `before that he is just a good man. But the presence of something in his life, things start to change. We are just nothing until some kind of an idea or some kind of an event or some kind of a person, and some kind of a  product, then his whole `everything' are uprooted to the core of either, good, bad, or evil. But Allah is Great. Only with the sought after and the presence of Allah, life can then be `full to the brim'. Or else it is a just a grin of a loner who wants to be recognized. When no eyes greet instantaneously for the things we have, we can be a `kara' sick and yearn for a shift. This might result the picking of habit either spell destruction or construction. Kepada Allah saya memohon dampingan erat bagi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Thursday, April 21, 2011

Bila kaki sudah menjejak bumi Mekah...

Tak dapat tidak kita telah menjadi kepunyaan dan milik alam semesta. Tingkah laku, adat resam, dan apa jua berkaitan dengan `hendak hidup' telah terkawal dengan sendirinya oleh elemen-elemen yang tidak mengenal erti jatuh tetapi menghendaki kita terus bangun dan bergerak sehinggalah kaki kita tidak lagi boleh menjejak bumi ini. Allah Yang Maha Besar telah memberi panduan ke arah jalan yang lurus itu di mana peraturan kejadian bumi dan alam semesta sentiasa berada di pihak yang benar. Pesoalannya, adakah kita menyimpang dari jalan yang lurus itu? Fitrah pada permulaan, fitrah pada perjalanan, dan fitrah kepada kematian. Fitrah mencakup serba serbi wlaupun ada yang cuba lari dari jalan yang lurus itu. Allah adalah Pencipta kepada Segala-galanya.