Friday, May 20, 2011

merentasi segala-galanya hingga ke Mekah...

Tawaf: Gambar hak terpelihara oleh Dzulkifli Abdul Malek
Fikiran kecil dan fikiran besar..dua istilah yang sedikit memahaminya. Ramai hidup yang bersempadankan diri sendiri, ahli keluarga, dan kawan yang terdekat. Tengok sahaja FaceBook..cerita hanya berkisar diri sendiri dan kawan sendiri sahaja..Diri sendiri dan rangkaian sosial yang terdiri ahli keluarga dan kawan adalah merupakan faktor yang menyebabkan minda tidak membesar. Sudah lama saya menjadi pensyarah dan sudah berinteraksi dengan puluhan ribu pelajar dan mengharapkan mereka memiliki minda yang tidak bersempadan dan berpaksikan pemikiran Islam sebagai asas pergerakan. Tetapi apa yang terjadi? Pelajar yang mungkin lulus dengan gred A tetapi perkara seperti perhubungan sesama Islam dan aspek sosial yang berlandaskan ajaran Islam adalah sebaliknya. Allah Yang Maha Besar.
Masjid Nabawi Medina: Gambar Copy right oleh Dzulkifli Abdul Malek

No comments: