Saturday, January 21, 2012

kepincangan individu, sosial dan budaya..

Pemasaran mengambil kepincangan ini sebagai landasan perancangan dan pembangunan barangan dan perkhidmatan hanya kerana hendak memuaskan hati pelanggan dan dengan itu syarikat memperoleh keuntungan yang `diberkati'. Barang mereka telah berjaya di dekati oleh customer. Atau syarikat telah berjaya mendekati customer yang begitu `angkuh dan sombong'. Apa tidaknya, kesetiaan pengguna dalam banyak perkara telah dianggap extreme dan memesongkan. Dengan ini aktiviti persaingan dikalangan syarikat dapat diredakan buat seketika. `Selling' merupakan kursus pemasaran yang membincangka secara khusus dan khyusuk kepincangan dari aspek berkomunikasi antara salesmana dan potential customer. Topik topik tertentu dipilih bagi menguatkan lagi aspek berkomunikasi ini. Pada peringkat awalnya pelajaran agak lurus, bersopan, beretika, dan bertamaddun. Tetapi ada yang mengambil kesempatan kerana jelas customer hanya jelas dengan diri mereka sendiri sahaja. Maka salesman telah menjadi selling satu kerjaya yang dipenuhi dengan noda dan dosa. Siapa tidak hendak buat duit dan cepat kaya..! Sering kedengaran ungkapan begitu diucapkan. Ungkapan yang sangat menyesatkan! Ya Allah, aku bermohon supaya memilih jalan yang lurus dan tidak menyesatkan.

No comments: