Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, January 29, 2012
lontaran ke dalam...
Terasa tak? Macam dibuat buat, semuanya adalah merupakan lontaran ke dalam dan tidak ada lontaran ke luar.Ganjil kan? Ianya merupakan satu permainan yang mana kemenangan ditentukan oleh ketepatan lontaran ke dalam. Anehnya tidak ramai yang pandai berbuat demikian. Tidak disuruh dan tidak pula diarah, lontaran tidak menepati sasaran hanya sipi sipian. Ada yang terus melambung ke luar membikin kucar kacir kepada penonton yang tidak berdosa.Kerana ingin mempertahankan hak tanah air, sanggup menghalau manusia yang tidak tentu lagi beriman atau tidak. Mengapa tidak sahaja manusia ini dipisahkan mengikut banyak dosa dan banyak pahala. Atau membezakan mereka yang banyak rambut dengan yang tidak ada rambut langsung. Atau dibahagikan mengikut kategori cara mati. Kalau cara hidup boleh ditentukan mengapa tidak barangan dibuat mengikut cara mati. Ada atau tidak? Mengapa tidak? Tetapi bagi hidup pula ianya dinampakkan sebagai gaya hidup. Gaya hidup benda yang nampak. Toleh belakang dah nampak gaya hidup seseorang. Cara mati pula hanya sekadar dengar dengar. Gracias framework. Saya terlontar kedalam dengan tepatnya mengena sasaran. Adakah saya beriman? Itu soalan mati. Atau adakah saya berjaya dan gembira? Itu soal gaya hidup. Sesungguhnya dalam segala hal adalah dibawah Kekuasaan Allah. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment