Monday, July 29, 2013

terdiam...

Bercerita sahaja terhadap dan tentang sesuatu perkara, sudah pasti perkara itu ada perlawanan dan persaingannya. Kalau kita bercerita mengenai kekayaan, sudah pasti kita tidak dapat mengelak dari menjengok dunia kemiskinan. Bercakap pasal ada dan memiliki sesuatu, di luar sana ramai yang tidak memiliki apa yang kita miliki.

Syukur Alhamdullilah, dengan pengetahuan yang di anugerah oleh Allah, kesemua itu membuat kita diam seketika. Mengapa diam? Berlawanan tetapi tetap bersaing dalam menguasai sesuatu terhadap yang lain. Kita kena bersaing, kita kena berlawan. Elemen persaingan inilah menyebabkan manusia sentiasa bangun dan berusaha mengatasi segala halangan dan rintangan. Yang tidak berkaki akan berusaha mencari kaki seperti orang lain yang berkaki. Yang miskin akan berusaha mencari kekayaan. Yang tertindas akan berusaha mengatasi situasi penindasan ini.

 Manusia mudah lupa. Orang berkaki lupa akan orang yang tidak berkaki. Yang memerintah lupa akan rakyat yang gelisah. Lantas Allah Yang Maha Berkuasa lagi Menguasai Segala-GalaNya akan membawa Kebenaran tidak mengira masa, keadaan, dan zaman. Allahuakbar.

No comments: