Thursday, January 2, 2014

adakah saya berperanan..?

Berperanan di sini bererti adakah saya mengerti dan memahami arah tuju di usia saya begini? Pernahkah saya terpesong arah tuju? Melupai diri di tahap umur berapa sangat mudah berlaku kepada manusia. Godaan syaitan sentiasa membisikan sesuatu ke telinga mengajak ke alam yang lagi satu. Sungguh mudah tertarik, sungguh mudah terajak. Itulah saya di peringkat usia begini. Adakah kerana tenaga masih ada maka saya terlupa secara fizikal saya tidak muda lagi? Ada yang terpapah. Ada yang melatah. Ada yang sudah berjalan menggeletar tidak tentu arah pada tangan dan kaki, pada fikir dan mikir. Bertaburan dan terhad. Ada yang sudah memiliki liang lahad. Syukur Alhamdullilah, saya masih lagi dalam keadaan sihat walafiat. Masih lagi tajam memikir dan menulis. Di sini saya sangat bersyukur dengan anugerah yang sebegitu. Allahuakbar.

No comments: