Wednesday, December 29, 2010

Kita ambil jalan mudah..

Habis cerita. Tak usah panjangkan perbalahan, buang yang keroh ambil yang jernih. Kalau dia orang kata saya difficult person, mungkin mereka tak pernah berusaha merapatkan hubungan dengan saya. Jangan tengok rupa. Secara basic semua perkara yang ada di dalam adalah sama. Kalau dah nekad seseorang itu hendak membenci kita, biarkanlah. Yang utama kita lebih mengenali diri kita. Semasa saya berada di Mekah, ramai yang memiliki hati yang tidak ikhlas dan tidak ada usaha memahami sesuatu perkara yang berlaku. Malas cerita banyak, jika apa yang dicetuskan adalah dari hati yang ikhlas, there shall no turning back in your life. Just move on with smiles. Tetapi jika ia disalut dengan unsur jahiliah, maka balasan nya adalah cepat dan tepat. Allah Yang Maha Berekuasa sentiasa menunggu dari hambNya dengan permintaan yang baik-baik. Jangan susahkan diri. Apabila berdepan dengan sebarang masalah, berdoalah, memohonlah. Allah Maha Mendengar lagi Mengasihani.

No comments: