Friday, December 17, 2010

merasai Kebesaran Allah..

Kita sangat bertanggapan terhadap apa jua sehinggakan bidang bidang tertentu seperti pemasaran menjadi sumber rezeki. Kepada Allah juga kita bertanggapan. Ini menyebabkan tafsiran apa yang disuruh dipelbagaikan. Apa kah tanggapan saudara terhadap Allah? Allah mengingini kamu mengenali Allah dan KebesaranNya. Dalam konteks apa jua, Allah tidak pernah bersembunyi. Hanya kita sahaja yang merasai persembunyian diri kita sendiri. Lantas kita sombong dan riak dan tidak mahu mengenali hakikat kejadian. Baru baru ini saya ke Mekah mengerjakan Haji, rukun Islam yang ke-5. Apakah yang diniatkan sebelum saya ke sana? Saya ingin merasai Kebesaran Allah. Adakah saya perolehinya? Hanya kepada Allah saya sentiasa memohon perlindungan dan keampunan. Dan kepadaNya saya meminta.

No comments: