Thursday, May 5, 2011

Global Tactic...or by chance?


Siapa kenakan siapa? Osama Laden kenakan Obama di White House atau White House kenakan Osama? Begini maksud saya. Kedudukan seseorang, negara, atau kumpulan telah terpahat ke nano pixel dalam otak seseorang dan diburukkan atau dicantikkan lagi dengan publisiti yang dilakukan oleh media massa saban hari dan saban tahun. Kedudukan Osama selama ini tidak pernah terlihat dalam rumah yang besar dan selesa apa lagi di samping anak dan isteri. Apa yang di media massakan adalah Osama sentiasa memegang senjata dan berada di lereng lereng bukit, gunung, khususnya di Afghanistan dan di gurun padang pasir yang mana tidak ada orang hendak pergi ke tempat tersebut. Malah jika ada berlaku letupan di mana mana tempat di dunia ini maka itu adalah kerja Osama bin Laden. Lantas kedudukan Osama sentiasa dalam keadaan yang merbahaya dan menggerunkan. Tetapi apa yang berlaku, matinya Osama adalah dalam keadaan yang sungguh aman dan damai sehinggakan jiran jiran termasuk akademi tentera yang sebelah menyembelah pun tidak mengsyaki kehadiran Osama dan askar gempur Amerika di bandar Abbottabad, Pakistan yang mana penduduknya tidak mengenal erti perang. Allah Yang Maha Besar dan Dia sahaja yang melontarkan hidayat kepada seseorang yang dikehendakiNya. Dunia masih tertanya.Osama ke bersalah atau selama ini dunia telah di momokkan dengan cerita yang tidak benar...?

1 comment:

Anonymous said...

osama sebenarnya sudah bertaubat. maka dia telah menjalankan hidup normal dengan cara hidup berjiran. mungkin amerika slah faham. nak dijadikan cerita, osama yang telah lama bertaubat dipersalahkan atas semua perkara sebagai modal dan alasan obama keatas perang di afghanistan. mungkin osama dikenakan tahanan rumah. dekat dengan kem tentera lah katakan