Wednesday, December 21, 2011

Bunyi apakah itu? Sayu dan menakutkan...

Di pagi hari tidak kedengaran suara manusia. Apa yang kedengaran adalah laungan azan subuh dari mesjid, bunyi kucing, burung, dan anjing. Bayangkan jika kita sekarang berada di dalam hutan belantara maka akan kedengaran bunyi dari suara haiwan liar dari berbagai jenis binatang dan unggas. Menakutkan dan menyeramkan. Kerana apa? Bunyi itu adalah yang asli dan kesemua nya dalam konteks exit dan bukan entrance. Ianya boleh diam secara serta merta dan tiba tiba. Disebabkan oleh apa? Kerana membunuh dan terbunuh, atau terbang mencari makan dan mangsa. Manusia dijadikan penuh kemuliaan di sisi Allah kerana kita tidak seperti haiwan dan binatang. Suara tidak kedengaran tetapi di mana mana dan pada bila masa sahaja rezeki tetap ada walaupun dengan sedikit usaha. Kita sahaja tidak mahu bangun dari tidor apabila sampai pada waktunya. Bukankah itu satu usaha  mengagongkan pencipta kita dan mensyukuri apa yang diberi? Allahuakbar.

1 comment:

Anonymous said...

konteks exit dan bukan entrance??
explain