Saturday, June 16, 2012

bertapa...

Jika direnung lama perkataan ini, ia akan membuat kita tidak ketentuan hala fikir. Pandang memandang berlaku. Mengapa? Kerana istilah bertapa ini lazimnya dikaitkan dengan pahlawan dan mahaguru silam. Kalau hendak mempertahankan kuasa dan kepahlawanan itu, si dia kena bertapa supaya dia akan menjadi pahlawan, bukan sahaja hebat besilat dan bertempur, tetapi hebat menguruskan masalah rakyat kampung, mukim dan negeri. Dalam konteks moden, kita tak payah bertapa dalam konteks pahlawan silam itu. Sudah cuikup dengan membaca, banyak berdiam diri dan banyak berfikir akan kejadian kita sebagai hamba Allah. Semoga dan kehendak Allah jua,  kita akan berada di puncak dan suasana fikir yang indah. Dengan suasana itu, tertepis dan tertolak segala bentuk fikir lain yang memudaratkan. Sesungguhnya hanya Allah Yang Berkuasa lagi Menguasai Segala-Galanya. Maha Suci Allah dari di syirikkan. Allahuakbar.

No comments: