Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Thursday, June 14, 2012
Rasa takut-takut..mengapa ye..?
Masih ada rasa takut takut. Mengapa ye? Lumrah dan tidak dapat dielakkan dan tidak pasti puncanya. Kalau begitu tidaklah lumrah tetapi fithrah. Dari pemimpin yang tertinggi sehinggalah kepada pengikut yang di bawah, rasa takut takut mesti ada. Apa tidaknya, tidak kesemuanya milik kita. Tidak semuanya kita ingat. Tidak semua tempat kita pergi. kita adalah mangsa kepada satu keadaan satu rasa dan satu ingatan dan mungkin juga di situ ada satu macam kebodohan. Semalam contohnya, saya terilham dengan ungkapan `kuasa membeli' dan `kuasa memberi'. Ungkapan ini merupakan pancaran ilmu yang dapat menyelesaikan banyak masalah kefahaman. Tetapi tidak semua masa saya mengingatinya. Lupa? Tidak. Hanya menepati prinsip kejadian `satu masa satu ingatan' dan `satu kelupaan'. Hanya Allah Sahaja Yang Berkuasa Ke atas Segala-Galanya. Allah tidak lupa. Manusia perlu kepada ilmu untuk mengingat dan diingati. Ingatlah kepada Allah Pencipta Sekian Alam. Yang Ghaib dan Yang Tidak. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment