Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Friday, June 15, 2012
tenaga dan kuasa...
Tenaga dan kuasa, dua perkataan yang dapat memulihkan kehidupan seseorang kepada tahap yang lebih baik. Ya Allah Ya Tuhan ku, hamba sujud kepada Mu kerana kekuatan yang dipohon adalah mengarah kepada tenaga dan kekuasaan. Hanya dengan tenaga dapat dikerah mental dan fizikal menjalankan rutin harian kalau tidak akan disedut dan dilambatkan oleh anasir jahat yang memusnahkan dan memudaratkan. Ya Allah, berilah hamba Mu perlindungan, pertolongan, dan hidayat. Hanya dengan pancaran ilmu dapat membezakan yang hak dan yang batil. Maka dengan demikian termilik `kuasa beri' dan `kuasa beli'. Hidup dan kejayaan berpaksikan beri dan mari. Beri setelah segala-galanya digemblengkan dengan betul, dan mari setelah kuasa pendapatan berada ditahap yang membolehkan segala-galanya berlaku. Kepada Mu Ya Allah hamba sujud memohon pertolongan, perlindungan, dan hidayat. Hanya Allah memiliki Kekuasaan, Tenaga Yang Mutlak lagi Abadi. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment