Friday, March 15, 2013

nak mengenal orang dan siapa dia...

Banyak benda kena di perhati dan diteliti. Dia menulis ke? Kalau menulis, apa yang di tulis. Dan tengok juga sama ada apa yang ditulis itu panjang atau pendek. Penulisan merupakan makanan rohani peringkat kesedaran yang halus dan paling tinggi. Orang begini susah nak kita baca dan selalu disalah tafsir.

Kedua, kalau hendak mengenal orang lain, tengok apa yang dia cakapkan hari hari. Ada yang sangat susah mengeluarkan  butir ulas perkataan. Bisu ke? Atau hati di salut perasaan tidak berperkataan. Orang begini halus juga perasaan tetapi halus dia menakutkan dan menyeramkan. Silap silap mereka beginilah dikata sebagai makluk halus! Tidak berperkataan dan tidak berperikemanusiaan. Not sociable. Not available. Not accessible.

Ketiga, tengok apa yang di buat. Ada yang menampakkan kesusahan mendampingi orang lain. Dia dengan diri dia sahaja. Islam menyuruh  kita senyum kerana ianya merupakan sedekah. Tetapi ramai yang tidak berbuat begitu. Sebebanarnya ramai tidak mengenal diri mereka sendiri.. Mereka ketandusan idea dalam melakukan sesuatu. Lantas segala perbuatan adalah ikut-ikutan. Mereka tidak merupakan seorang pencetus.

Keempat, tengok...he or she loves to play with numbers. What kind or what type of a man or a woman she or he is..?

Kelima, cuba faham...

Walauapapun, walauberapapun, kepada Allah kita berserah dan memohon keampunan. Allah Yang Maha Mengetahui. Kita pohon taufik dan hidayat.

Allahuakbar.

No comments: