FACING THE WORLD TOGETHER |
Kehidupan di dunia sebenarnya tidak menguat dalam soal memberi tetapi lebih banyak tumpuan kepada hanya menerima dan bersyarat jika memberi. Bagi mereka tidak ada yang percuma. Tidak ada kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak tanduk mereka. Tidak terkecuali mereka yang mengharap sesuatu balasan jika melemparkan sebuah senyuman. Banyak terma dan syarat berjual beli yang berat sebelah.
Lantas ramai yang kesempitan dan terseksa kerana sangat mengharap. Tetapi hidup ini memerlukan senyuman dan pemberian yang ikhlas. Jangan sangat mengharap kepada suasana yang serba kekurangan. Allah Yang Maha dalam Segala-Gala. Pohonlah dari Allah akan penambahan kekurangan dan kesempurnaan, dan peningkatan kebaikan kepada yang ada. Allah Yang Maha Kaya. Allah Yang Maha Sempurna. Ya Allah, saya memohon keampunan. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment