Monday, August 26, 2013

ukuran...

Keikhlasan adalah satu perkataan yang sering menjadi sebutan oleh ramai orang. Tidak dengan satu perbuatan, juga tidak dengan satu perkataan, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun, satu pilihanraya, seseorang itu telah di kategorikan sebagai seseorang yang ikhlas. Sebenarnya keikhlasan seseorang bergerak dalam aras tidak sedar, sangat tidak sedar. Tidak diingatkan pemberian seseorang sehinggalah dia dikelilingi oleh musuh yang cuba mengkhianati perjalanan hidupnya. Lantas, baru diingati bahawa selama ini dia telah banyak memberi dari menerima. Allah Yang Maha Adil. Hanya dengan kematian seseorang, keikhlasan seseorang dapat diukur dengan betul dan tepat. Itulah ukuran yang patut digunakan bagi menceritakan keikhlasan seseorang. Allah Yang Maha Mengetahui. Allah Yang Maha Berkuasa Ke atas Segala-GalaNya. Allahuakbar.

No comments: