Sunday, September 15, 2013

disembunyi, tersembunyi, atau bersembunyi..

Walaupun ajenda memperkasakan Melayu yang dilaungkan oleh PM Dato Seri Najib semalam nampaknya terbuka, dan bersemangat, janganlah hasrat hanya tinggal hasrat. Hingga ke hari ini, jika berselisih dengan orang BN dan institusi BN seperti UiTM dan lain-lain, dirasakan mereka masih lagi menyembunyikan sesuatu., tidak ikhlas dan sangat berkepentingan. Saya telah berkhidmat dengan UiTM selama 35 tahun. Sedih juga dengan apa yang terjadi kerana UiTM Pahang tidak mengambil pusing pemergian saya, seolah-olah saya pergi dalam keadaan yang tersembunyi walhal saya tidak pun bersembunyi. Mungkin sudah lumrah hidup di negeri sendiri,  yang kaya dan berkuasa akan terus bergema, dan yang tidak akan terus menjadi maalap dan terus diketepikan. Wallahualam. Allahuakbar.

No comments: