Kalau ikut mata kasar, memang banyak benda telah kita dapat. Kalau ikut mata kecik pun banyak benda dah dapat kita perhati dan teliti. Itu mata, kalau ikut hati pulak? Mana ada hati kasar kan? Hati besar adalah. Tapi apa boleh kita dapat dengan hati besar? Duit kita pun tak sebesar mana kan. Kena marah adalah. Bak hati ini, semua main kecik kecik belaka. Ada orang semua ada dan lengkap hidupnya tapi masih memiliki hati kecik. Jadi hari ini aku nak buang hati aku dan biarkan mata sahaja melakukan tugas harian ku. Mari sama sama kita tengok apa akan terjadi.....
p.s kepada siapa siapa yang tak faham dengan tulisan saya ni, kenalah ikut mata buat buat faham..jangan ikut hati, nanti kena perli..siapa yang perli? Hari ini hari Jumaat kan? Tanya tanyalah diri sendiri.Mari lah sama sama memohon keampunan dari Allah semoga di beri petunjuk dan hidayah dan dimurahkan rezeki. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment