Friday, September 13, 2013

Masih tidak belajar dan mengenal sesuatu..jauh dan dekat..

Mudah lupa. Jauh dari sedar. Tetap mengulangi perbuatan yang mengingkari suruhan Allah. Hidup akan berpindah kepada mati. Yang terdekat, yang jauh, sedar sedar sudah tidak berdiri, berjalan dan bernafas lagi. Kamu mungkin mengatakan, `baru semalam saya bercakap dengan dia'. Tidak kah itu satu peringatan bahawa tidak ada pertindihan dalam apa jua ciptaan Allah? Ada yang dulu dan yang terdahulu. Yang terdekat dan yang jauh. Kenalkah mereka terhadap Kekuasaan Allah? Adakah kita mengenal mereka dalam ertikata sebenar-benarnya? Allahuakbar.

No comments: