Saturday, February 22, 2014

hak mutlak..?

Ia milik seseorang bagi memberi rasa, kekuatan, dan kekuasaan semasa. Mungkin juga merupakan rangsangan kepada sesuatu hajat dan penemuan pengetahuan. Ianya merupakan satu pengalaman baru. Adakah hiduan kepada sesuatu merupakan satu kekuatan seseorang yang dapat mendekat dan menjauhkan seseorang dengan seseorang? Lantas `jauh' dan `dekat' adalah sangat relatif. Adakah ini datangnya dari bauan planet begelar dunia dan telah memberi hak mutlak rasa kepada kamu dan telah mewarnai perjalanan hidup kamu? Adakah bauan itu khas untuk kamu? Adakah penulisan saya ini memberi satu bauan yang mana hanya beberapa orang sahaja dapat menghidunya? Bauannya pula, membenci atau menyukainya? Apakah bauan yang dibawanya? Wallahualam. Allahuakbar.

No comments: