Saturday, May 30, 2015

bila keterbukaan di salah erti...

Watak yang berpaksikan keterbukaan, rupa rupanya di salah erti. Dalam banyak keadaan yang memberi saya peluang telah dirompak di hari siang oleh mereka yang hidup berpaksikan keduniaan yang tidak terbuka malah tertutup rapat. Bila satu cahaya kecil mencelah ianya merupakan peluang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja oleh mereka yang sangat berkepentingan ini. MasyaAllah. Adakah ciri keterbukaan menyebabkan saya senang di dekati, senang dijadikan mangsa untuk tujuan yang ada kaitan dengan kepentingan mereka? Keterbukaan di sini bleh diertikan sering terdengar kata kata baik, kata kata positif yang mengiringi apa apa pandangan orang lain termasuk permohonan dan permintaan dari orang lain. MasyaAllah. Ya Allah, sesungguhnya Segala Kekuasaan ada pada MU Ya Allah. Hamba memohon Kekuatan, Perlindungan, Pertolongan Kekayaan dalam menghadapi Kebenaran Mu, Ya Allah. Allahuakbar.

No comments: