Rain drop keeps falling on my head. It falls everyday telling me to write something or whatever I can write about. Well, I have decided to see the world in a more old-fashioned way and touch on our common, humble, unique, and heroic sensitivities that define the sorrow and happiness of our existence.
Sunday, May 10, 2015
sendiri...imbasan
Saya menerima hakikat bahawa saya sentiasa sendiri dalam mengejar apa dan mengapa. Pengalaman yang benar benar membuat rasa demikian apabila saya `tercampak' ke bumi Wisconsin USA pada tahun 1980, bersendirian tanpa isteri dan anak yang terpaksa di tinggalkan di Malaysia buat semantara dan saya kembali dalam keadaan sendiri melakukan perkara sendirian seperti menguruskan rumah sewa dan aktiviti berkaitan diri, makanan dan kesihatan. Dalam masa yang sama perlu menguruskan soal sosial dengan pelajar pelajar lain, dan menguruskan diri dalam usaha mendapat gred yang baik bagi kursus yang di ikuti. Aneh tetapi itulah hakikatnya. Terasa mati hidup semula selepas 10 tahun meninggalkan alam kolej dengan keputusan peperiksaan yang tidak segah mana, dan kerja kerja yang tak menentu hala tuju selepas itu. Sesungguhnya Maha Suci Allah dari Disyirikkan. Jika satu perkara hendak berlaku tidak ada apa yang dapat menghalangnya. Kesemuanya adalah dalam KekuasaanNYA. Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment