Tidak menyukai dengan perkataan bertanya. Jika diletakkan dalam keadaaan tertentu, ianya menggambarkan keresahan dan kegelisahan. Apa kata kalau kita tidak bertanya? Bukankah hidup ini makin tetenteram dan lebih nyaman? Jika ianya dilihat dari jauh, dunia dan alam semesta, sememangnya nyaman. Tetapi diperhalusi tiap perkara satu persatu, ada sahaja pergolakkan yang sedang berlaku dan perlu di selesaikan. Yang muda tidak ingin melihat diri nya dalam konteks tua. Yang tua cuba merasionalkan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku. Di mana titik tengah yang memberi haruman kepada segala-galanya? Wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.
p.s. mengapa setiap orang memikirkan dirinya titik tengah? Atau sememangnya begitu yang membuat kehidupan itu satu kehidupan.
No comments:
Post a Comment