Thursday, January 28, 2010

Art or science..?

What about if it is all science? Know what I mean? Does not really matter, the means and the end are part of the whole thing. The means determine the end. And as time progresses, the means change and so are the outcome and the output. Science is a question of discovery, and art is the process towards that discovery. Both are in need of each other. So whatever and wherever and whoever you are, is it being determined by science or art? Or both?

Wednesday, January 27, 2010

mengapa saya berlebih-lebih..



Padahal yang hendak mecari ilmu itu adalah mereka. Saya pula nampaknya menjual barang dan mereka itu pelanggan. Memang tak kena. Dalam menimba ilmu, elemen stress dan tekanan adalah merupakan faktor penting dalam proses memahami sesuatu. What they called it as a learning process. Allah telah menjadikan kita dengan penuh kebijaksanaan dalam mengkordinasikan segala-galanya. Nampak rumit tapi jika di susun jadual dengan baik, tidak ada benda yang tidak dapat diselesaikan. Tak kiralah sama ada soal kedatangan, soal membuat assignment, dan soal soal sosial dan peribadi yang ada kaitan dengan kehidupan di kampus. Saya pun pernah melaluinya. Mana ada kehidupan yang stress free?

Jadi mengapa saya patut berlebih-lebih?

Tuesday, January 26, 2010

separates me from another world..

Now I know more about myself...it is just like playing golf. You don't fight anybody but against yourself. Each word that has been said is like a hard knock on your head. It makes you another you so to speak. At first the blame is 10 on you and 90 on others. But it has become a new world altogether. Stronger and once seems so loose now has been tightened. Thus the feel of positive separation from my previous world. A better world with freedom of a divine kind...and awaits me to explore..

Monday, January 25, 2010

Tun Mohamed Ghazali Shafie meninggal..






Generasi muda sudah pasti tidak mengenali siapa Tun Mohamed Ghazali Shafie. Tapi bagi saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan saya mengingati Allahyarham.
Pertama, semasa zaman Tun Razak, wajah beliau adalah merupakan wajah yang sentiasa didapati di kaca TV, di dada dada suratkhabar harian dan majalah majalah mingguan dan bulanan.

Kedua, berita beliau nahas helikopter Cessna 206 telah mendapat liputan meluas di surat-surat khabar seberang laut. Saya hanya mengetahui peristiwa tersebut melalui liputan suratkhabar Wisconsin Daily semasa saya melanjutkan pelajaran di Universiti Wisconsin, USA pada tahun 1982.
Ketiga, saya pernah melihat beliau secara langsung berkempen pilihanraya di depan kedai baazar Temerloh, Pahang pada tahun 1974. Beliau tidaklah merupakan pemidato yang hebat kerana terlalu mementingkan fakta dan maklumat yang sahih sebelum mengzahirkan satu satu perkataan. Hanya dengan memek muka yang tertentu sahaja boleh menggambarkan hasrat mesej yang hendak disampai. Walaupun beliau merupakan seorang politik, ramai yang berpersepsi kehebatan beliau hanya sebagai pentadbir, kerana beliau sebelum itu adalah Ketua Setiausaha Negara yang dianggap pintar dan bijak.
Justeru itu ada yang berpendapat bahawa disebabkan oleh ciri kepintaran itulah beliau gagal dalam usaha hendak meningkat ke jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana tokoh yang sebenarnya pada ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamed. Ramai yang tidak tahu bahawa Tun Ghazali adalah merupakan penyumbang utama kepada idea Rukun Negara yang diguna pakai sehingga sekarang bagi tujuan menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Dengan keadaan dan suasana sekarang, gagasan rukun negara merupakan visi yang amat tepat sekali lantas meletakkan beliau sebagai negarawan yang ulung dalam sejarah negara kita Malaysia.


Sunday, January 24, 2010

Sought or given...

Can't really tell where from where, who from who, what from what. Is it a journey sought or a journey given? It seems it is all sought and not given. What do we really seek in life? Or we don't seek at all but just being given as to where, what and why we are? This kind of feeling pervades in my actions and decisions. Or is it only meant for me and the course of direction being taken? Just like what I have been writing on, is it sought or given? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat..



Tunku Ibrahim angkat sumpah

GIVEN AND TAKEN
TODAY HE IS TAKEN..THE TWO BESIDES HIM ARE DR MAHATHIR (LEFT) AND MUSA HITAM (FORMER DEPUTY PRIME MINISTER). FAR LEFT IS ALLAHYARHAM TUN SADON ZUBIR, FORMER MINISTER AND GOVERNOR OF PENANG.

Wednesday, January 20, 2010

tersimpul hati...

haha..hati jugak boleh tersimpul. Kata orang hati yang dah kusut tak boleh dibaiki lagi. Betul ke? Pagi ini pelik sikit pilihan topik dan bahasa aku. Tertengok berita di TV dan tertanya adakah kita ini bergerak sebagai kumpulan yang sangat baik tujuannya atau sebagai individu yang hatinya nampak tersesat? Pada saya dua benda ini adalah berbeza dan manusia sememangnya merupakan pelakon yang berbakat. Apa tidaknya, bila beramai lain nada suara hatinya dan langkah kakinya. Bila bersendirian pula lain pula bisikan hatinya. Adakah kita memiliki dua hati atau sememangnya dua hati ini sudah tersimpul mati dengan cara yang tersendiri..?

Tuesday, January 19, 2010

tersimpul mati..

Ada orang bercakap macam benda tu dah tersimpul mati. Hidup ini sebenarnya banyak ruang yang boleh kita berbicara. Tak perlu kepada simpul yang mati. Saya sentiasa memberi ruang dan peluang untuk pelajar saya bercakap dan mengeluarkan pandangan. Tapi sangat malang dan malu sekali saya kerana ada semester yang mana tidak ada seorang pun yang berkebolehan berdebat dan berbicara secara terbuka dan bersemuka. Sesuatu benda itu ada baik dan ada buruknya. Itu lumrah kan? Luahkan dan curahkan dan mari kita berkongsi pendapat. Yang baik dan tidak baik semuanya boleh dijadikan bahan fikir dan debat. Itulah dinamakan belajar dan menimba ilmu.

Unnecessary pressure..

We have 24 hours a day. But for the responsible, pressure has been build up due to the irresponsible act of those who should be responsible. A clear case of gross indiscipline committed by most of them. I can feel the pressure in teaching is being piled up on me one after the other. Just imagine they have all the time in this world to come to you and solve their problem but still the class hours have been used as the launching pad for everything. It builds ann unnecessary pressure. They just refuse to budge from their behaviour of not wanting to benefit from my free hours. As of today I shall see that it does not happen again.

Not in the equation..

Realising that time is running short, now begin to wonder the role I should be playing in the equation of most activities. You teach with your heart and soul. But do the audience is making you an active variable in their daily activity of equation? It seems that I am no longer relevant in the sense that they are no longer obsessed with what you have been saying to them. In other words I am no more in control. So what should you do? Be myself in the sense what I do is not part of their equation. It is my equation that matters. It is a question of life and death. That should be the equation for me and imposed on them...

Monday, January 18, 2010

tak tahu di mana berada..

Badan dah tak sihat. Kena mengajar pulak. Macam dalam khayalan je hidup hari ini. Aku layan sahaja apa yang hendak aku buat. Cakap pun tak senonoh. Buat joke yang bukan bukan. Dalam pada itu mengenal juga aku akan perkara perkara seperti Qanaah, Halal, Janah, Fitrah, yang mana perlu di sampaikan kepada pelajar dalam kuliah keusahawanan. Aku balik awal pada biasa kerana badan rasa tak berapa sedap..Setiba di rumah aku rehat dan tidor je. Pada sebelah petang barulah aku rasa bertenaga sikit...

Sunday, January 17, 2010

atau saya ternampak yang bukan bukan..

Perasaan kita mungkin dalam kacau bilau. Hendaknya kalau kita demam dan tak sedap badan. Tapi kalau kita dalam keadaan sihat, betul dan benarkah apa yang kita nampak dan fikirkan itu? Hairan ye. Sebenarny hubungan dengan orang lain tidak sangat terjalin. Tapi apabila terbaca sesuatu hati kita mula berkata kata perkara yang bukan bukan. Tak tahulah adakah yang dirasa itu berasas atau hanya mainan khayalan fikiran sahaja. Sememangnya dan saya mengakui saya seorang yang selalu berfikir. Kata orang berfikir itu bagus. Dengan sentiasa berfikir kita sentiasa merasa diri kita berkerja. Tapi kalau sampai terfikir yang bukan bukan maka itu sudah merupakan ketaksuban berfikir pula. Walauapapun, setakat ini saya masih lagi berfikir dan selalunya cetusan yang difikirkan menjadi kenyataan. Ternampak atau sememangnya saya nampak! Maka perlukah saya memikirkannya?

ternampak..

Ternampak yang mana mereka tidak setenang dulu. Masa telah berlalu. Hati terguris tidak bisa diubat lagi. Ternampak mereka masih memainkan perangai yang dulu seakan akan tidak ada perubahan berlaku pada diri ku. Ternampak indah dan ternampak cantik. Itu dulu semasa perjalinan persahabatan baru bermula. Sekarang robak dan robeh jahit sana jahit sini. Ternampak. Dan aku hilang selera.

Saturday, January 16, 2010

manipulasi...

Hidup ini kena berjaga jaga. Dalam tidak sedar kita mungkin ditipu. Ada yang memang sudah dilahirkan begitu, suka membelit. Mula mula nampak cukup ikhlas, jujur, dan baik. Orang begini akhirnya membuat kita marah. Apa tidaknya..kerjanya tidak ada lain melainkan menipu orang.

Saya sebagai pensyarah tidak terkecuali dengan kerenah yang begini. Ada yang menipu kecil dan ada yang menipu besar. Kali ini saya berharap tidak ada lagi yang membuat saya benar benar marah. Walaupun begitu saya kena berjaga jaga.