Monday, January 25, 2010

Tun Mohamed Ghazali Shafie meninggal..






Generasi muda sudah pasti tidak mengenali siapa Tun Mohamed Ghazali Shafie. Tapi bagi saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan saya mengingati Allahyarham.
Pertama, semasa zaman Tun Razak, wajah beliau adalah merupakan wajah yang sentiasa didapati di kaca TV, di dada dada suratkhabar harian dan majalah majalah mingguan dan bulanan.

Kedua, berita beliau nahas helikopter Cessna 206 telah mendapat liputan meluas di surat-surat khabar seberang laut. Saya hanya mengetahui peristiwa tersebut melalui liputan suratkhabar Wisconsin Daily semasa saya melanjutkan pelajaran di Universiti Wisconsin, USA pada tahun 1982.
Ketiga, saya pernah melihat beliau secara langsung berkempen pilihanraya di depan kedai baazar Temerloh, Pahang pada tahun 1974. Beliau tidaklah merupakan pemidato yang hebat kerana terlalu mementingkan fakta dan maklumat yang sahih sebelum mengzahirkan satu satu perkataan. Hanya dengan memek muka yang tertentu sahaja boleh menggambarkan hasrat mesej yang hendak disampai. Walaupun beliau merupakan seorang politik, ramai yang berpersepsi kehebatan beliau hanya sebagai pentadbir, kerana beliau sebelum itu adalah Ketua Setiausaha Negara yang dianggap pintar dan bijak.
Justeru itu ada yang berpendapat bahawa disebabkan oleh ciri kepintaran itulah beliau gagal dalam usaha hendak meningkat ke jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana tokoh yang sebenarnya pada ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamed. Ramai yang tidak tahu bahawa Tun Ghazali adalah merupakan penyumbang utama kepada idea Rukun Negara yang diguna pakai sehingga sekarang bagi tujuan menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Dengan keadaan dan suasana sekarang, gagasan rukun negara merupakan visi yang amat tepat sekali lantas meletakkan beliau sebagai negarawan yang ulung dalam sejarah negara kita Malaysia.


No comments: