Tuesday, June 22, 2010

Di manakah terletaknya kekuatan anda..?



Bagi ramai orang, memiliki kekuatan diri adalah idaman setiap dari kita. Persoalannya kekuatan macam mana? Kekuatan Hang Tuah kah? Kekuatan Bill Gates kah? Atau sekadar kekuatan yang dimiliki oleh orang biasa sahaja? Tertanya tanya juga saya mengapa manusia tidak sama dalam pencapaian nikmat mereka di dunia ini. Andaian saya manusia boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan. Satu, mereka yang mengingati mati, dua mereka yang terlampau mengingati hidup, dan ketiga yang hanya menjalani hidup harian tanpa memikirkan apa apa sehinggalah mereka dijamah kecelakaan atau kenikmatan. Manakah antara mereka yang memiliki kekuatan dalam erti kata sebenarnya? Jawapannya pun sangat terbuka kerana setiap kelompok tadi memiliki pecahan pecahan penafsiran yang tertentu dan tersendiri. Di ruang yang lain, saya akan cuba mengupas setiap kelompok ini dan cuba mengesan di manakah terletaknya kekuatan mereka.

No comments: