Thursday, June 17, 2010

Roadshow Dewan Perniagaan..





Entah macam mana, pada hari semalam saya tercampak ke Muadzam Shah dan menyertai program Dewan Perniagaan Melayu Pahang iaitu majlis ramah mesra dengan ahli-ahli di sana. Ahli-ahli adalah terdiri dari peniaga peniaga daerah Rompin dan Muadzam Shah. Daerah ini merupakan tempat jelajah pertama sebelum bergerak ke daerah lain di Pahang. Keseluruhan majlis menggambarkan peniaga kita perlu lagi berdaya dan berbudaya saing dalam segala aspek supaya diri dan masyarakat maju dan terpacu melintasi bangsa lain. Diingatkan tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan itu.

No comments: