Monday, September 27, 2010

Kesederhanaan dan perkongsian...

Yang mana satu? Keterlampauan dan kepapaan atau kesederanaan dan perkongsian? Boleh dijadikan falsafah hidup. Boleh dijadikan prinsip tindakan dan keputusan harian. Boleh juga dijadikan teori untuk menganalisa sesuatu. Ini bukan soal tepuk dada tanya selera. Nampaknya itulah yang terjadi. Lumrah. Banyak sangat bukti yang menjurus ke arah `keterlampauan dan kepapaan.' Jengok sahaja sejarah. Dan buktinya di mana mana. Keterlampauan dasar perang membawa jahanamnya sebuah negara. Keterlampauan dasar ekonomi membuat sesebuah negara tunduk kepada yang tidak mengamalkan dasar kesederhanaan. Dan baru baru ini kita digemparkan dengan keterlampauan ingin menjadi kaya maka berlakulah tindak tanduk yang melampaui garis nilai yang norma. Pada dasarnya, pada prinsipnya, saya lebih ke arah kesederhanaan dan perkongsian. Bagaimana dengan anda?

No comments: